Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat pengetahua­n alam sekitar

Melalui penglibata­n masyarakat dalam Karnival Pendidikan Alam Sekitar

-

PENDIDIKAN Alam Sekitar adalah bertujuan untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan kaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif.

Pendidikan Alam Sekitar juga mengajar kita untuk sentiasa bertanggun­gjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar bagi mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih, sihat, produktif dan seimbang.

Dalam memperkasa Pendidikan Alam Sekitar di kalangan masyarakat, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pagi Beluran selaku pengelola telah menganjurk­an Karnival Pendidikan Alam Sekitar peringkat daerah yang berlangsun­g di SK Seri Pagi.

Guru Besar SK Seri Pagi Ahamat Tangah berkata karnival itu mendapat kerjasama penuh IOI Group menerusi Estet Laukin dan Estet Sungai Sapi yang mana kedua-dua estet ini memberi bantuan penuh dalam melancarka­n perjalanan Karnival ini.

Selain itu juga, kerjasama dari jabatan kerajaan lain seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Klinik Kesihatan Kuala Sapi, Lembaga Tabung Haji Sandakan, Pusat Internet Kuala Sapi, Perpustaka­an Desa Kuala Sapi, PIBG SK Seri pagi dan beberapa sekolah sekitar.

Turut membantu menjayakan karnival itu ialah badan NGO yang terdiri dari Sukau Orang Utan Conservati­on Programme atau lebih dikenali sebagai HUTAN serta penglibata­n syarikat Life Water Industri Sdn. Bhd yang turut memberi ceramah mengenai kesedaran penjimatan serta penggunaan air bersih.

Menurut Ahamat matlamat utama karnival ini dianjurkan adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran dan menyemarak­kan aktiviti serta semangat kerjasama melalui perkongsia­n pintar di kalangan sekolah dan organisasi dalam daerah dalam melestarik­an alam sekitar melalui pendidikan.

“Karnival ini secara tidak langsung dapat membantu masyarakat menyedari dan memahami isu alam sekitar dan membantu masyarakat untuk lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar,” katanya.

Karnival Pendidikan Alam Sekitar itu dirasmikan Pegawai Pendidikan Daerah Beluran CENDERAMAT­A: Ahamat (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil pegawai Pendidikan Daerah Beluran Zainal Abidin. Haji Soje Haji Abd Hassan.

Berucap dalam majlis berkenaan, Soje berkata program berkenaan secara tidak langsung dapat memperkuku­h jalinan kerjasama sekolah dengan organisasi kerajaan, NGO dan syarikat swasta menerusi perkongsia­n pintar.

Selain itu juga karnival ini juga dapat membina serta memperkasa kemenjadia­n murid, guru dan sekolah dalam membentuk pengetahua­n tentang alam semula jadi dan membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dengan manusia.

“Pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembang­an sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku. ia juga menggalakk­an murid meneroka tindak balas peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan isuisu alam sekitar,” katanya.

Teks ucapan perasmian ini dibacakan oleh Zainal Abidin Mahmud, Timbalan Pegawai Pendidikan, Sektor Perancanga­n dan Dasar, PPD Beluran.

Karnival yang bertemakan ‘Kelestaria­n Alam Sekitar Melalui Pendidikan’ ini telah dihadiri seramai 700 orang dengan pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang berlangsun­gnya karnival berkenaan.

Antara aktiviti yang berlangsun­g dalam karnival berkenaan ialah bengkel penghasila­n kraftangan dari bahan kitar semula, pertanding­an nyanyian karaoke, pameran dari agensi kerajaan, badan NGO dan persatuan yang terlibat.

Selain itu beberapa ceramah pendidikan alam sekitar turut disampaika­n antaranya ceramah ceramah pendidikan Hutan Kinabatang­an yang disampaika­n oleh Sukau Orang Utan Conservati­on Programme dan ceramah bertajuk “airku hidupku” oleh Life Water, Sandakan

Karnival ini juga turut mencatat sejarahnya yang tersendiri dengan buat julung kalinya sebuah lagu tema mengenai Hutan telah dilancarka­n dan dipendenga­rkan pada karnival berkenaan.

Lagu yang bertajuk Khazanah Kita adalah hasil ciptaan Abdul Razak Saharan dari NGO Hutan, Kinabatang­an. Abdul Razak juga merupakan penyanyi dan penulis lirik lagu berkenaan. Lagu ini mengajak pendengar untuk menjaga alam sekitar terutama dalam pemulihara­an tumbuhan dan hidupan liar seperti Orang Utan dan Gajah Pygmy. — Artikel Sumbangan Mu. Ridzuan

 ??  ?? PAMERAN: Pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Beluran bersama rombongan perasmian ketika lawatan ke tapak pameran.
PAMERAN: Pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Beluran bersama rombongan perasmian ketika lawatan ke tapak pameran.
 ??  ?? KERJASAMA: Zainal (tengah) bersama dengan pegawai-pegawai Sukau Orang Utan Conservati­on Programme dalam carnival berkenaan.
KERJASAMA: Zainal (tengah) bersama dengan pegawai-pegawai Sukau Orang Utan Conservati­on Programme dalam carnival berkenaan.
 ??  ?? TAKLIMAT: Pelajar dari Sekolah Humana dari Estet Laukin dan Estet Reka Halus mendengar taklimat yang disampaika­n oleh guru SMK Beluran mengenai seni reka cipta.
TAKLIMAT: Pelajar dari Sekolah Humana dari Estet Laukin dan Estet Reka Halus mendengar taklimat yang disampaika­n oleh guru SMK Beluran mengenai seni reka cipta.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Abdul Razak menyanyika­n lagu tema yang bertajuk Khazanah Kita bersama maskot Orang Utan yang juga merupakan ikon lagu tema berkenaan.
PERSEMBAHA­N: Abdul Razak menyanyika­n lagu tema yang bertajuk Khazanah Kita bersama maskot Orang Utan yang juga merupakan ikon lagu tema berkenaan.
 ??  ?? MASAK: SK Sungai Sapi menunjukka­n cara memasak jem dari tumbuhan roselle.
MASAK: SK Sungai Sapi menunjukka­n cara memasak jem dari tumbuhan roselle.
 ??  ?? PEMULIHAN: Zainal mendengar taklimat mengenai projek pemulihara­an orang utan yang disampaika­n sendiri oleh Abdul Razak (kiri).
PEMULIHAN: Zainal mendengar taklimat mengenai projek pemulihara­an orang utan yang disampaika­n sendiri oleh Abdul Razak (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia