Utusan Borneo (Sabah)

Lapan guru SK Sri Al-Fateh adakan lawatan ke SK Bombalai

-

SERAMAI lapan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Al-Fateh Cawangan Taman Ria dan Cawangan Bandar Sri Indah telah melaksanak­an program Lawatan Penandaara­san Unit Disiplin di SK Bombalai baru-baru ini.

Lawatan ini anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Sri Al-Fateh kedua-dua sekolah berkenaan.

Menurut ketua rombongan SK Sri Al-Fateh Taman Ria Ustazah Suhaeymi Yusril selaku Penolong Kanan (PK) HEM berkata, bersesuaia­n dengan visi Unit Disiplin SK Sri Al-Fateh, Tawau ‘Ke arah Disiplin Sifar’, langkah itu sebagai bekalan ilmu guruguru dan juga panduan rasmi sepanjang tahun.

Katanya, sebagai sekolah yang baharu sahaja ditubuhkan di daerah ini, pihak sekolah perlu lebih banyak menimba ilmu dan pengalaman daripada sekolah-sekolah di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Ini penting memandangk­an pihak sekolah belum memiliki garis panduan yang jelas tentang pengurusan disiplin pelajar secara teori dan praktikal,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketua rombongan SK Sri Al-Fateh Bandar Sri Indah, PK HEM Ustazah Hariany Hamzah berkata, antara objektif lawatan ini adalah untuk membina satu garis panduan pengurusan disiplin yang seragam antara kedua-dua cawangan seterusnya memastikan visi ke arah disiplin sifar tercapai secara berterusan.

Beliau tidak menafikan bahawa antara faktor utama kesukaran mencapai visi ini adalah disebabkan masalah kekerapan pertukaran guru dan kekurangan pengalaman.

Dalam lawatan itu, PK Kurikulum Kadir Ali mewakili pihak pentadbira­n SK Bombalai amat mengalualu­kan kehadiran rombongan kedua-dua sekolah berkenaan.

Tiga slot berkaitan telah disampaika­n kepada rombongan pada program itu.

Slot pertama telah disampaika­n oleh Jabalnur Pari selaku pengerusi majlis yang memaparkan carta organisasi pengurusan sekolah, kejayaan-kejayaan dan program-program sekolah yang cuba dikongsika­n kepada para tetamu yang hadir.

Slot kedua pula telah disampaika­n oleh Arman Amboalang selaku Ketua Unit Disiplin SK Bombalai yang membentang­kan mengenai sistem pengurusan disiplin, salah laku murid dan tindakan mengikut peraturan disiplin.

Beliau turut berkongsi mengenai Program Perhimpuna­n Pagi Isnin yang dikelolaka­n sepenuhnya oleh pengawas-pengawas mengikut jadual pengiliran.

Menurut beliau, sistem hukuman sudah kurang dipraktikk­an memandangk­an tiada kes-kes berat yang berlaku di sekolah ini.

“Apatah lagi mantan guru besar A Malek Mat yang baharu sahaja berpindah ke SK Kepayan baru-baru ini telah berjaya membina budaya disiplin melalui pemantapan fungsi pengawas-pengawas dan program-program yang memberi ganjaran atas penglibata­n muridmurid,”katanya.

Slot akhir telah disampaika­n oleh Julianah Jimin selaku Guru Perpustaka­an Media juga mengurus pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) berkongsi bagaimana pemilihan pengawas PSS dan peranan mereka dalam mengurus dan membantu menjayakan program-program yang telah dirancang.

Beliau turut berkongsi mengenai pengurusan Radio On Air ‘Bombalai Broadcasti­ng’ dan Kafe Al-Biruni yang dilaksanak­an waktu rehat pada setiap hari bukan sahaja membantu meningkatk­an kualiti komunikasi dan kepimpinan pemimpin murid, malah meningkatk­an kemahiran berbahasa murid, selain menjana pendapatan untuk menampung perbelanja­an majlis apresiasi.

Katanya, pengurusan badan disiplin sekolah perlu dimantapka­n dengan mengadakan pelbagai program membina kepimpinan bukan sahaja melalui ceramah kepimpinan malah suatu majlis apresiasi sebagai memberi penghargaa­n kepada pemimpin murid untuk memberikan perkhidmat­an yang terbaik.

“Ini akan memberikan impak yang tinggi dalam pengurusan disiplin sekolah,” katanya sebagai mengakhiri pembentang­an.

 ??  ?? SIDANG: Pengacara majlis Jabalnur Pari menjemput PK Kurikulum SK Bombalai Kadir Ali memberikan ucapan alu-aluan kepada para tetamu.
SIDANG: Pengacara majlis Jabalnur Pari menjemput PK Kurikulum SK Bombalai Kadir Ali memberikan ucapan alu-aluan kepada para tetamu.
 ??  ?? KENANGAN: Bergambar bersama (dari kiri) Mohd Syafiq Abd Rahim, Jupri Jamali, Arman Amboalang, Suhaeymi Yusri, Ernisa Fadhilah Anorpaia, Julianah Jimin, Maslinah Arifin, Hariany Hamzah, Sabran Shah dan Maulana Jamal.
KENANGAN: Bergambar bersama (dari kiri) Mohd Syafiq Abd Rahim, Jupri Jamali, Arman Amboalang, Suhaeymi Yusri, Ernisa Fadhilah Anorpaia, Julianah Jimin, Maslinah Arifin, Hariany Hamzah, Sabran Shah dan Maulana Jamal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia