Utusan Borneo (Sabah)

300 penduduk gotong-royong bersihkan Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Karim

-

SARIKEI: Seramai 300 penduduk menjayakan Program Goyong-Royong Perdana membersih Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Karim di sini, semalam.

Aktiviti yang bermula pada jam 8 pagi itu bertujuan mengeratka­n silaturahi­m dan menanam semangat kerjasama dalam kalangan penduduk.

Ia juga dapat memastikan persekitar­an tanah perkuburan tersebut sentiasa terjaga, bersih dan terurus.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Al-Muttaqqin Abang Ibrahim Kipni berkata, objektif utama program ialah untuk menanam semangat kerjasama dalam kalangan penduduk.

“Kita mahu masyarakat kita sedar bahawa mereka juga mempunyai tanggungja­wab menjaga kawasan tanah perkuburan ini dan tidak beranggapa­n semua perkara berkaitan adalah di bawah tanggungja­wab pihak jawatankua­sa sahaja.

“Program ini berlangsun­g dengan jayanya dan sambutan serta sokongan daripada masyarakat adalah di luar jangkaan.

“Usaha ini membuktika­n program ini mencapai matlamat dan visinya serta diterima oleh masyarakat terutamany­a dalam memberikan kesedaran tentang tanggungja­wab sosial mereka,” kata Abang.

Program anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI) dengan kerjasama Masjid Al Mutaqqin Sarikei itu turut dibantu anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarikei.

Turut menjayakan program ialah Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Porkan Budiman, Pemanca Awang Ahmad Dawi Ibrahim, Pegawai JAIS Sarikei Syed Harold Salleh Wan Mohammad, Pengurus LAKISRI Abdul Kadir Naim, Pengerusi Persatuan Warisan Anak Sarawak (WARIS) Kelana Ayup dan pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? TURUN PADANG: Len turut hadir menjayakan Program GoyongRoyo­ng Perdana membersih Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Karim, Sarikei semalam.
TURUN PADANG: Len turut hadir menjayakan Program GoyongRoyo­ng Perdana membersih Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Karim, Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia