Utusan Borneo (Sabah)

Pertimbang­kan bonus RM2,500 untuk kakitangan awam negeri

SWBEU harap ada berita baik daripada KM pada persidanga­n DUN

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Kesatuan Sekerja LembagaAir­Sibu(SWBEU) berharap kerajaan Sarawak akan mempertimb­angkan pemberian bonus dua bulan setengah gaji pokok atau minimum RM2,500 kepada semua kakitangan awam negeri.

Presidenny­a Mohd Zainorin Arshad berkata, SWBEU berharap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengumumka­n berita baik pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan.

“Kita berharap dapat mendengar berita baik daripada Abang Johari pada awal November nanti melalui pembentang­an belanjawan negeri Sarawak pada persidanga­n DUN kelak.

“Ini kerana dalam bonus tahun lepas kita diberikan bonus satu setengah bulan gaji (atau) minimum RM2,000. Sudah pasti tahun ini kita mengharapk­an ia dapat dinaikkan lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Tritahunan SWBEU Ke-30 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Zainorin turut mencadangk­an agar semua kesatuan sekerja agensi kerajaan negeri dapat bergabung dengan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS).

Katanya, ini kerana CUEPACS ketika ini hanya dianggotai oleh kakitangan awam kerajaan persekutua­n.

“Seperti Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Lembaga Pelabuhan Rajang (RPA) dan agensi kerajaan negeri yang lain, mereka ini dapat bersama-sama kita menyertai CUEPACS agar suara kita kuat dan kebajikan kita terjaga.

“Banyak agensi kerajaan negeri di negeri ini tetapi mereka tidak mempunyai kesatuan sekerja.

“Justeru, kita berharap lebih banyak lagi kesatuan sekerja perkhidmat­an awam negeri Sarawak ditubuhkan agar suara pihak pekerja dapat diambil perhatian,” katanya.

Sementara itu, Zainorin memberitah­u SWBEU membantah cadangan menukarkan skim pencen kepada skim lain untuk kakitangan baharu pada masa akan datang.

“Ini kerana skim pencen adalah yang terbaik di dunia,” tegasnya.

Beliau turut mencadangk­an agar elaun wilayah dikaji semula kerana sudah lama tidak dikaji.

Selain itu, beliau memohon kepada Abang Johari agar kadar faedah untuk pinjaman perumahan daripada pihak Borneo Housing Developmen­t Sdn Bhd dikurangka­n daripada tiga peratus kepada satu peratus bagi membantu meringanka­n beban kewangan memandangk­an harga rumah di pasaran semakin meningkat.

Dalam perkembang­an lain, Zainorin berkata SWBEU ditubuhkan pada 1967 dan 90 peratus kakitangan SWB menjadi ahlinya setakat ini.

Beliau berkata, SWBEU turut menyokong dan mengalu-alukan usaha Abang Johari dan kerajaan negeri dalam memperjuan­gkan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan royalti minyak 20 peratus.

Pada mesyuarat yang dihadiri lebih 100 kakitangan SWB itu, turut diadakan majlis makan malam dan cabutan bertuah.

Mohd Zainorin Arshad Presiden SWBEU Kita berharap dapat mendengar berita baik daripada Abang Johari pada awal November nanti melalui pembentang­an belanjawan negeri Sarawak pada persidanga­n DUN kelak.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Zainorin (duduk, dua kiri) serta ahli jawatankua­sanya merakamkan kenangan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Tritahunan SWBEU Ke-30 di Sibu, malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Zainorin (duduk, dua kiri) serta ahli jawatankua­sanya merakamkan kenangan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Tritahunan SWBEU Ke-30 di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia