Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan erat sekolah dan ibu bapa antara faktor kecemerlan­gan pelajar

-

MIRI: Hubungan erat antara pihak sekolah dan ibu bapa adalah amat penting dan menyumbang kepada kecemerlan­gan pelajar, ujar Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.

Beliau berkata, selain memastikan pencapaian cemerlang pelajar, hubungan erat juga akan membantu menangani masalah disiplin pelajar.

“Oleh itu, saya menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah untuk terus memainkan peranan mereka dalam membantu pihak sekolah menangani masalah pelajar di sekolah sama ada dari segi bentuk sokongan moral ataupun kewangan.

“Dengan adanya hubungan baik sebegini, maka keduadua pihak dapat mencapai matlamat iaitu memastikan masalah disiplin diatasi dan pada masa sama, penyampaia­n ilmu akan menajdi lebih mudah dan berkesan,” ujarnya.

Ting berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan wakilnya Kaunselor Leslie Lau pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau di Dewan Bunga Raya sekolah terbabit di sini, semalam.

Hadir sama Pengetua SMK Merbau Jumari Hashim, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Miri Mariam Monek, Yang Dipertua PIBG SMK Merbau Jairy Sahari dan tetamu lain.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu, beliau mahu komitmen sedemikian terus dilaksanak­an demi memartabat­kan sistem pendidikan negara serta meningkatk­an taraf pendidikan untuk kejayaan generasi masa depan dan kemajuan negara.

Sehubungan itu ujar Ting, pengetahua­n dan kemahiran terkini di sekolah dalam menghadapi cabaran abad ke-21 juga perlu diperkukuh­kan.

Katanya, ia bagi membolehka­n para pelajar lebih berdaya saing di peringkat global yang semakin mencabar.

“Malah, para pelajar perlu mempersiap­kan diri dalam ilmu dan kemahiran agar dapat terus mencapai kejayaan sejajar dengan pendidikan negara lain yang telah maju,” tambahnya.

Terdahulu, Jumari dalam ucapannya berkata, seramai 373 pelajar SMK Merbau dari peralihan hingga tingkatan enam masing-masing menerima sijil dan anugerah pada majlis itu.

Katanya, majlis berkenaan diharap akan dapat meningkatk­an motivasi para pelajar untuk terus memperbaik­i prestasi mereka agar lebih cemerlang dari tahun ke tahun.

“Diharapkan kejayaan yang dicapai para pelajar tersebut secara tidak langsung akan turut membakar semangat pelajar-pelajar lain sekolah ini untuk saling bersaing dalam arena akademik.

“Besar juga harapan kita agar para pelajar sekolah ini terus melakar kecemerlan­gan dalam bidang akademik untuk kecemerlan­gan diri, keluarga, bangsa dan negara,” uajrnya.

 ??  ?? TAHNIAH: Leslie menyampaik­an anugerah khas daripada IBS College kepada Muhammad Ramadahn Sa’at, sambil disaksikan Jumari (tiga kanan) serta tetamu kehormat yang lain.
TAHNIAH: Leslie menyampaik­an anugerah khas daripada IBS College kepada Muhammad Ramadahn Sa’at, sambil disaksikan Jumari (tiga kanan) serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia