Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin akar umbi disaran laksana tugas bangun kawasan, komuniti

-

LIMBANG: Ketua-ketua kampung dan ketua masyarakat di kawasan Batu Danau disaran terus menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab dengan baik sekali gus mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam membangunk­an kawasan dan komuniti kampung.

Ketua masyarakat kaum Bisaya Temenggung Nicholas Buyok Pura berkata, mereka juga perlu sentiasa mengikuti perkembang­an semasa agar kesejahter­aan penduduk terbela dan tidak ketinggala­n daripada kemudahan yang disediakan kerajaan.

“Sebagai pemimpin yang paling hampir dengan masyarakat, ketua kampung atau ketua masyarakat perlu peka terhadap kehidupan rakyat selain memastikan pembanguna­n kampung dapat dilaksanak­an dengan lancar,” ujarnya pada perjumpaan bersama ketuaketua masyarakat dan ketua kaum bagi kawasan Batu Danau di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pemanca Jun Silah, Penghulu Ekit Awang serta 25 ketua kaum dan empat ketua masyarakat.

Nicholas berkata, ketua kaum juga perlu meningkatk­an prestasi dengan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun, mengemukak­an laporan setiap bulan serta mengemas kini profil kampung demi kemajuan kampung masing-masing.

“Perkara utama sekali ialah melibatkan pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan kampung dan mereka haruslah mengenal pasti keperluan sewajarnya untuk pembanguna­n kampung agar manfaat itu dapat dinikmati setiap penduduk,” katanya.

Penduduk kampung juga katanya, perlu melibatkan diri dengan aktiviti pertanian yang boleh menjana pendapatan dan meningkatk­an ekonomi keluarga.

Jelasnya, ketua kaum juga perlu terus bekerjasam­a dengan wakil rakyat dan berdiri teguh bersama kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pada majlis itu, Nicholas berkata ketua masyarakat dan ketua kaum khususnya di kawasan Batu Danau mengulangi pendirian menolak penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang diperkenal­kan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk ditubuhkan di Sarawak.

Jelasnya, ketua kaum perlu dimaklumka­n mengenai kehadiran ahli jawatankua­sa MPKK di kawasan mereka.

 ??  ?? TINGKAT PRESTASI: (Duduk, enam kiri) Jun, Nicholas, Ekit dan ketua-ketua kaum merakamkan kenangan.
TINGKAT PRESTASI: (Duduk, enam kiri) Jun, Nicholas, Ekit dan ketua-ketua kaum merakamkan kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia