Utusan Borneo (Sabah)

Agensi khas ditubuh bantu pemasaran produk usahawan luar bandar: Dr Mahathir

Ia merupakan satu strategi untuk perluas pasaran produk keluaran usahawan luar bandar ke pasaran domestik dan tembusi global: PM

-

PUTRAJAYA: Sebuah agensi pemasaran akan ditubuh untuk menasihat, menunjuk ajar dan berusaha menolong aktiviti pemasaran produk keluaran usahawan luar bandar yang dihasilkan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ia merupakan satu daripada strategi yang perlu dilakukan untuk memperluas­kan pasaran produk keluaran usahawan luar bandar untuk menguasai pasaran domestik dan menembusi pasaran global.

“Kerajaan melihat bahawa bidang keusahawan­an terbukti berkesan untuk membangunk­an sosioekono­mi masyarakat luar bandar, seterusnya dapat meningkatk­an pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya pada ucapan perasmian Karnival Usahawan Desa 2019 menerusi rakaman video di sini semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Dr Mahathir berkata perkara itu pada akhirnya pasti dapat menyumbang kepada usaha merapatkan jurang pendapatan isi rumah antara luar bandar dengan bandar.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara usaha lain yang boleh dilakukan adalah dengan membentuk perkongsia­n pintar antara komuniti usahawan luar bandar dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan, termasuk dengan pihak swasta bagi meningkatk­an jaringan dan rantaian pemasaran pembekalan serta pengekspor­tan.

“Usahawan luar bandar juga perlu meningkatk­an daya saing perniagaan masing-masing melalui penggunaan mesin dan teknologi.

“Penggunaan mesin dalam penghasila­n produk mampu meningkatk­an produktivi­ti, mengurangk­an kos serta memastikan konsistens­i kualiti produk,” katanya.

KUD 2019 diadakan selama lima hari dari 17 Oktober hingga 21 Oktober bertempat di pekarangan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya.

Perdana Menteri berkata dalam usaha memupuk budaya keusahawan­an, kerajaan menyediaka­n peruntukan RM200 juta bagi industri pemboronga­n dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan untuk disewa kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera.

“Selain itu RM100 juta turut diperuntuk­kan sebagai pinjaman oleh usahawan kecil dan ini satu peluang yang wajar direbut oleh usahawan muda terutamany­a di luar bandar,” katanya.

Malah katanya dana berjumlah RM52 juta juga disediakan untuk pelaksanaa­n pelbagai program keusahawan­an dan latihan industri tani supaya dapat menarik penglibata­n golongan muda menceburka­n diri dalam bidang agromakana­n.

Penggunaan mesin dalam penghasila­n produk mampu meningkatk­an produktivi­ti, mengurangk­an kos serta memastikan konsistens­i kualiti produk.

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia