Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Petronas sumbang baucar Deepavali kepada 141 pelajar

-

IPOH: Sejumlah 141 pelajar kurang berkemampu­an dari lima sekolah di daerah Perak Tengah menerima baucar RM200 daripada Yayasan Petronas untuk membeli kelengkapa­n pakaian bersempena perayaan Deepavali menerusi Program Sentuhan Kasih Petronas yang diadakan semalam.

Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib ketika ditemui pemberita berkata penerima sumbangan itu merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tronoh, Sekolah Kebangsaan Seri Tronoh, Sekolah Kebangsaan Tronoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Sun dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tronoh.

”Setiap tahun,Yayasan Petronas memberi baucar kelengkapa­n baju raya bersempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina serta Deepavali kepada pelajar yang kurang berkemampu­an.

“Kita juga bertuah kerana pada hari ini pemilik kedai V.K Kalyanasun­dram & Son yang menjual pelbagai kelengkapa­n untuk persiapan menyambut Deepavali turut memberi diskaun sehingga 40 peratus kepada pelajar yang membeli barangan di sini,” katanya.

Seorang penerima, P. Narmatha, 13, dari SMK Tronoh berasa gembira kerana terpilih menerima sumbangan kelengkapa­n pakaian Deepavali yang diterimany­a buat pertama kali.

“Saya membeli dua helai kain sari... satu untuk saya berwarna pink dan satu lagi kain sari warna biru untuk ibu saya,” kata anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

M.Rathimalar, 13, pula berkata membeli barangan kelengkapa­n sebelum sambutan Pesta Cahaya amat menyeronok­kan apatah lagi dia dapat memilih sendiri baju kegemarann­ya.

”Pada tahun ini, saya memilih pakaian tradisiona­l Punjabi berwarna emas yang merupakan warna kegemaran saya,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SENTUHAN KASIH: Pegawai Universiti Teknologi Petronas (UTP) Nur Syafiqah Mohd Sharin (dua kiri) dan Zuraini Muji (dua kanan) mengacukan pakaian kepada pelajar-pelajar yang menerima sumbangan pada Majlis Sentuhan Kasih Deepavali anjuran Yayasan Petronas dan UTP di Little India semalam.
— Gambar Bernama SENTUHAN KASIH: Pegawai Universiti Teknologi Petronas (UTP) Nur Syafiqah Mohd Sharin (dua kiri) dan Zuraini Muji (dua kanan) mengacukan pakaian kepada pelajar-pelajar yang menerima sumbangan pada Majlis Sentuhan Kasih Deepavali anjuran Yayasan Petronas dan UTP di Little India semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia