Utusan Borneo (Sabah)

Semua aduan myFreeview berjaya diselesaik­an: Gobind

-

CYBERJAYA: Peralihan kepada siaran TV Digital myFreeview daripada siaran televisyen analog berjalan lancar dan kesemua aduan pengguna dapat diselesaik­an, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

“Memang betul ada aduan tapi dapat diselesaik­an. Kesemua aduan dipantau Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya ketika ditanya pemberita mengenai aduan berkaitan siaran myFreeview selepas melancarka­n Smart School IOT Hackathon Peringkat Negeri Selangor di sini semalam.

Menurutnya, antara aduan itu adalah pengguna belum menerima dekoder dan ada pula pengguna yang sudah menerima dekoder tetapi tidak dapat ‘transmissi­on’ yang cukup baik.

Beliau berkata pengguna boleh menghubung­i nombor myFreeview yang diuar-uarkan untuk membuat sebarang aduan berkaitan peralihan siaran TV analog ke digital.

Gobind berkata proses peralihan daripada siaran TV digital ke analog dijangka siap sepenuhnya pada 31 Oktober ini.

Menurut laporan, peralihan siaran TV analog ke TV Digital myFreeview akan bermula di wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September, wilayah Utara dan Timur pada 14 Oktober, manakala Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober.

Ditanya mengenai isu nombor akaun bank penerima Program Subsidi Petrol (PSP) yang terdedah di portal rasmi PSP, Gobind berkata beliau sudah meminta laporan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak yang berkaitan.

“Jadi sehingga saya tengok laporan itu saya tidak akan beri sebarang komen,” katanya.

Sebuah laman web berkaitan teknologi barubaru ini menunjukka­n kelemahan portal PSP kerana membolehka­n pengguna melihat nombor akaun bank setiap penerima lain pada kod sumber di halaman carian. KPDNHEP kemudianny­a mengumumka­n beberapa langkah proaktif diambil untuk melindungi data penerima.

Terdahulu dalam ucapan pelancaran bagi Smart School IOT Hackathon, Gobind berkata beliau berharap program sedemikian dapat menyemarak­kan lagi daya kreativiti dan inovasi, memperting­katkan keupayaan menyelesai­kan masalah dan mengasahka­n ketajaman pemikiran kritikal di kalangan peserta.

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia amat menitikber­atkan kepentinga­n para pelajar memperoleh ilmu pengetahua­n dalam bidang teknologi maklumat dan digital, katanya.

“Oleh itu, pelbagai usaha harus dilaksanak­an sebagai persiapan untuk anak-anak kita di alam pekerjaan di masa hadapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia