Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai APMM maut akibat Zika ketika ikuti kursus pasukan khas

-

KUANTAN: Pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang meninggal dunia kelmarin akibat dijangkiti virus Zika, sedang mengikuti kursus latihan pasukan khas agensi itu ketika jatuh sakit.

Pegawai Penguatkua­saan dan Eksesais APMM Negeri Pahang Komander Maritim Razali Kasim berkata Leftenan Muda (Maritim) Mohamad Ikmal Ibrahim, 30, sedang dalam fasa akhir latihan bagi menyertai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat APMM, yang dijangka tamat pertengaha­n bulan hadapan.

“Ketika dimasukkan ke hospital, Mohamad Ikmal sedang dalam latihan di laut iaitu fasa terakhir latihan bersama pasukan khas pasukan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) di Lumut, Perak.

“Ia adalah satu berita yang mendukacit­akan bagi kami semua di APMM,” katanya ketika majlis pengebumia­n Mohd Ikmal di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin, di sini, semalam.

Dalam majlis itu, Razali turut menyampaik­an lipatan bendera kepada balu Mohamad Ikmal, Siti Salbiah Roslie yang bertugas di Rejimen Askar Jurutera Diraja, dalam suasana sayu sambil disaksikan keluarga dan rakan-rakan yang hadir.

Jenazah Allahyarha­m selamat dikebumika­n kirakira jam 7.15 pagi selepas tiba di Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap, di sini dari Perak, pada 5.45 pagi dan disolatkan selepas solat subuh.

Mohamad Ikmal yang bertugas di KM Nusa Maritim Terengganu disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, Perak, akibat virus Zika, pada jam 4.45 pagi kelmarin selepas dirawat di hospital berkenaan sejak 12 Oktober lalu.

Sementara itu, bapa kepada Mohamad Ikmal, Ibrahim Abdul, 60, berkata meskipun berasa sedih dengan kematian anak ketiganya itu, beliau berbangga, kerana anaknya berani mengikut jejak langkahnya dengan menyertai pasukan khas APMM.

“Saya berasa bangga dengan Allahyarha­m, kerana saya sendiri adalah seorang anggota komando Tentera Darat. Beliau juga anak yang cekal dan kuat pegangan agama,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata kes jangkitan Allahyarha­m adalah kes jangkitan virus Zika kesembilan di negara ini sejak 2016. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUASANA PILU: Siti Salbiah Roslie, balu kepada Mohamad Ikmal, menerima Jalur Gemilang sebaik jenazah suaminya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin semalam.
— Gambar Bernama SUASANA PILU: Siti Salbiah Roslie, balu kepada Mohamad Ikmal, menerima Jalur Gemilang sebaik jenazah suaminya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia