Utusan Borneo (Sabah)

Wong Yan Ke boleh ambil transkrip ijazah

-

KUALA LUMPUR: Graduan kejurutera­an Wong Yan Ke yang membawa plakad bantahan ke pentas semasa istiadat konvokesye­n Universiti Malaya (UM) pada 14 Oktober lepas telah dimaklumka­n yang beliau boleh mengambil transkrip ijazahnya pada bila-bila masa bermula kelmarin (18 Oktober).

Pengerusi Lembaga UM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffade­en Tengku Ibrahim semalam dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihak universiti tidak menahan skrol dan transkrip akademik atau menarik balik ijazah graduan terbabit.

Pengedaran skrol dan transkrip akademik secara berpusat dilakukan mulai 12 hingga 20 Oktober dengan graduan juga boleh mengakses serta mencetak skrol dalam talian melalui sistem graduand.um.edu.my mulai 21 Oktober.

Beliau berkata sementara universiti itu menghormat­i hak dan prinsip kebebasan bersuara setiap individu yang bernaung di bawahnya, dalam melaksanak­an kebebasan itu mereka perlu menghormat­i hak orang lain juga.

Tengku Mohd Azzman Shariffade­en berkata pihak UM berpandang­an bahawa perbuatan bantahan graduan itu tidak menghormat­i istiadat dan mencemarka­n majlis dengan tindakan beliau juga tidak menghormat­i graduan yang diraikan serta ibu bapa serta para tetamu yang hadir.

Lembaga Pengarah Universiti amat kesal dengan kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada para graduan, ibu bapa dan tetamu jemputan atas gangguan kepada majlis, katanya.

Semasa istiadat konvokesye­n itu, Wong membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak pemimpin universiti itu meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’; dan ‘Ini Tanah Malaysia’.

Ia dipercayai ditujukan kepada naib canselor universiti itu yang menurut graduan itu telah menggunaka­n nama UM untuk politik kaum dan kepentinga­n parti semasa Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Kecemerlan­gan Melayu (PKMM) UM pada 6 Oktober lepas.

Tengku Mohd Azzman Shariffade­en berkata sejajar dengan matlamat universiti serta prinsip yang didukung, pihak pengurusan universiti akan lebih berhati-hati dan melaksanak­an ketelitian wajar yang lebih ketat serta dinamik agar program yang disertai UM pada masa depan mempertimb­angkan semua aspek kepentinga­n negara.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Datuk Noordin Abd Razak berkata PAUM dengan sekerasker­asnya mengecam tindakan bantahan graduan itu yang jelas tidak menghormat­i serta mengganggu protokol dan kelancaran majlis.

PAUM juga bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak UM dengan membuat laporan polis berhubung insiden itu supaya tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia