Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia alu-alukan tambahan FDI dari China TPM yakin hubungan dua hala Malaysia China yang memasuki usia 45 tahun akan terus kukuh

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menerima lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) pada 2019 dan seterusnya, terutama dari China dengan sokongan masyarakat Hakka yang berkembang maju di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut melahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan China, yang memasuki ulang tahun ke-45 akan terus kukuh.

“Sejak 10 tahun lepas dan secara berturut-turut, China telah menjadi rakan dagangan nombor satu Malaysia, menduduki tempat pertama dalam import dan merupakan destinasi eksport kedua terbesar.

“Saya menjangkak­an hubungan kami yang kukuh dengan China akan terus berkembang,” katanya pada majlis makan malam bersempena dengan Persidanga­n Hakka Sedunia yang ke-30 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid kelmarin.

Semasa pengumuman Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n Malaysia akan mewujudkan ‘saluran Khas’ bagi memudahkan kemasukan FDI dari China di bawah InvestKL.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, hubungan perdaganga­n di antara Malaysia dan China pada 2018 merekodkan nilai sebanyak RM325.53 bilion (AS$77.72 bilion), naik 8.1 peratus daripada 2017.

Sementara itu daripada segi pelaburan, China mengekalka­n kedudukann­ya sejak 2016 sebagai pelabur terbesar dalam projek-projek pembuatan yang diluluskan di Malaysia, dengan capaian sebanyak AS$4.75 bilion (RM19.9 bilion) pada 2018.

“Menteri Kewangan baru sahaja mengumumka­n peruntukan berjumlah RM1 bilion sebagai insentif pakej pelaburan yang disesuaika­n selama setahun untuk sepanjang lima tahun bagi menarik minat syarikat luar ke atas negara ini.

“Malaysia sedang berusaha untuk memikat syarikatsy­arikat Fortune 500 dan ‘unikorn global’ dalam sektor berteknolo­gi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu bagi memacu pertumbuha­n dan pembanguna­n Malaysia,” katanya lagi.

 ?? — Gambar Bernama ?? ERATKAN HUBUNGAN: Dr Wan Azizah ketika menghadiri makan malam sempena Persidanga­n Hakka Sedunia ke-30 di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Presiden Persekutua­n Persatuan Hakka Malaysia (FHAM), Datuk Steve Chong Yoon On (dua, kiri) dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah (dua kanan).
— Gambar Bernama ERATKAN HUBUNGAN: Dr Wan Azizah ketika menghadiri makan malam sempena Persidanga­n Hakka Sedunia ke-30 di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Presiden Persekutua­n Persatuan Hakka Malaysia (FHAM), Datuk Steve Chong Yoon On (dua, kiri) dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia