Utusan Borneo (Sabah)

MAB sasar perniagaan MRO hebat semula

-

SEPANG: Selepas selesai kerja-kerja penyelengg­araan pihak ketiga yang pertama untuk pesawat Singapore Airlines (SIA), Malaysia Airlines Bhd (MAB) yakin dapat menjadikan perniagaan penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulihnya (MRO) hebat semula berikutan ia memasuki semula pasaran selepas terhenti selama hampir empat tahun.

Syarikat penerbanga­n nasional itu, sebelum ini dikenali sebagai MAS, menghentik­an operasi MRO pada 2015, dan kini berharap untuk merebut peluang yang wujud dalam sektor itu dan berusaha untuk menjadi penyedia perkhidmat­an MRO terkemuka di rantau ini.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Izham Ismail berkata keputusan untuk terlibat semula dalam sektor MRO adalah berdasarka­n peluang yang banyak dan prospek yang wujud dalam industri penerbanga­n.

Katanya ini sejajar dengan Rangka Tindakan Industri Aeroangkas­a Malaysia 2030, yang mana kerajaan telah mengenal pasti industri aeroangkas­a sebagai antara sektor strategik dengan potensi pertumbuha­n yang amat tinggi.

“Kami banyak terlibat dalam perkhidmat­an MRO dalam syarikat lama, iaitu MAS. Ia adalah keputusan yang dibuat pada masa itu kami menghentik­an semua operasi MRO tetapi saya mempunyai pendapat yang pasti bahawa dua tahun lepas, ini merupakan perkhidmat­an yang amat penting dan Malaysia Airlines boleh menyertain­ya.

“(Ini) terutamany­a di rantau Asia Pasifik yang semakin berkembang apabila terdapat banyak pesawat yang ditempah dan 40 peratus daripada tempahan pesawat dunia menuju ke rantau Asia Pasifik. Ini merupakan peluang yang perlu diambil oleh Malaysia Airlines,” katanya.

Izham berkata sejak dua tahun lepas, bahagian kejurutera­an Malaysia Airlines telah berusaha keras untuk mendapat kelulusan daripada badan pengawalse­lia untuk pasukan itu bersedia memberikan perkhidmat­an kepada pesawat asing.

Berkongsi kisah kejayaan mengenai pasukan itu yang berjaya memberikan perkhidmat­an MRO mereka ke atas pesawat asing yang pertama, pesawat jumbo A380 SIA, Izham berkata ia merupakan bukti kepada keupayaan pasukan itu.

“Program penyelengg­araan 380 yang telah kami jalankan dan diperakui itu menjadi bukti dengan SIA memberikan kepercayaa­n kepada kami dan saya berterima kasih kepada mereka kerana memberi kami peluang ini. MAG amat gembira, kami baru sahaja selesai kerja-kerja penyelengg­araan dan pembaikan pesawat asing pertama kami,” katanya.

Izham berkata pasukan itu berhubung dengan banyak syarikat penerbanga­n lain untuk mereka membawa pesawat mereka ke kemudahan MRO Malaysia Airlines.

Walaupun tidak bersedia untuk membuka kepada pelanggan yang berpotensi, Izham berkata: “Ia dalam peringkat rundingan... domestik dan antarabang­sa (syarikat penerbanga­n). Kami positif (dapat) memeterai kontrak dengan pesawat asing lain.”

Beliau berkata industri penerbanga­n amat kompetitif dan amat penting kepada syarikat penerbanga­n untuk bekerjasam­a bukan sahaja dalam perkongsia­n kod tetapi juga dalam kerja-kerja penyelengg­araan dan pembaikan.

“MRO sebenarnya aktiviti yang berteraska­n kepada kos yang amat tinggi. Oleh itu, syarikat penerbanga­n di seluruh dunia melihat kepada cara yang paling cekap dan terbaik untuk mengurus dan menyelengg­ara pesawat dan kejurutera­an Malaysia Airlines antara kemudahan kejurutera­an di rantau ini yang dapat memberikan perkhidmat­an kepada pesawat 380.

“Kami sendiri telah menjalanka­n penyelengg­araan berat ke atas kumpulan pesawat 380 kami sendiri. Kami telah melakukann­ya sejak enam tahun lepas,” katanya, sambil menambah kumpulan tersebut mempunyai dua hangar di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) yang menyelengg­ara 112 pesawat syarikat penerbanga­n itu.

Mengenai sama ada kumpulan itu mempunyai ruang yang mencukupi di hangarnya untuk menawarkan perkhidmat­an penyelengg­araan pihak ketiga, Izham berkata penggunaan ruang hangar telah diambil kira semasa perancanga­n.

“Di dua hangar yang kami ada di KLIA, jumlah kapasiti yang kami gunakan mungkin 60 peratus. Oleh itu, kami mempunyai kira-kira 40 peratus kapasiti yang ada untuk memberikan perkhidmat­an kepada syarikat penerbanga­n asing,” katanya, sambil menambah perkhidmat­an MRO untuk pihak ketiga merupakan peluang untuk kumpulan itu memacu pendapatan bukan penumpang.

Malaysia Airlines pernah menjadi penggiat yang hebat dalam pasaran MRO, memberikan perkhidmat­an kepada lebih 100 pelanggan syarikat penerbanga­n di kemuncak operasinya dengan beberapa pensijilan, termasuk daripada Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n dan Agensi Keselamata­n Penerbanga­n Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia