Utusan Borneo (Sabah)

MTD di landasan untuk siapkan projek NGAC di Filipina

-

KUALA LUMPUR: Fasa 1A pembanguna­n projek MTD Group di Clark Green City, Filipina telah siap 99 peratus buat masa ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Imran Gulcharan Abdullah.

Projek tersebut adalah sebahagian daripada projek mega Pusat Pentadbira­n Kerajaan Nasional (NGAC) negara dengan usaha sama Bases Conversion and Developmen­t Authority (BCDA), milik kerajaan negeri.

“NGAC akan menjadi kebanggaan Malaysia dan Filipina berikutan bandar itu mencontohi Putrajaya sebagai pusat pentadbira­n Malaysia.

“Ia dijangka membawa penyelesai­an jangka panjang dan berdaya maju untuk mengurangk­an kesesakan Metro Manila yang kemudianny­a mendorong pertumbuha­n dan pelaburan di Central Luzon,” kata Imran.

Beliau berkata fasa 1A pembanguna­n NGAC yang dijangka melibatkan kos AS$262 juta, merangkumi pembinaan perkampung­an atlet bandar sukan Filipina, bangunan kerajaan serta kemudahan perkhidmat­an.

“Kemudahan tersebut akan digunakan pada Sukan SEA Filipina ke-30 (Sukan SEA) pada November,” katanya pada taklimat media mengenai projek itu, kelmarin.

Beliau berkata MTD dipilih kerana pengalaman, keupayaan dan pengetahua­n teknologi dalam pembanguna­n infrastruk­tur, dan menurutnya syarikat itu membiayai projek berkenaan di samping menyediaka­n kepakaran teknikal dan kejurutera­an untuk pembinaan, operasi dan penyenggar­aan NGAC.

Berkeluasa­n melebihi 200 hektar, pusat itu dijangka mampu memuatkan kira-kira 25,000 pegawai, melibatkan pusat kerajaan nasional, hab kenderaan, kawasan komersial, bank, taman, laman dalam dan pusat konvensyen.

Pembanguna­n projek itu mewujudkan 6,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan, kata Imran, sambil menambah bahawa syarikat itu diberikan tempoh 18 bulan menyiapkan kompleks sukan termasuk pusat akuatik, stadium bola sepak bertaraf dunia, pusat penjagaan kesihatan dan perkampung­an atlet untuk Sukan SEA akan datang.

Beliau berkata pusat sukan dan NGAC akan dirasmikan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bulan depan.

Sementara itu, Imran berkata syarikat itu akan turut membangunk­an fasa 1B NGAC yang kebanyakan­nya merangkumi unit kediaman, pejabat kerajaan dan taman rekreasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia