Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Chile isytihar perintah darurat

Susulan bantahan ganas selama sehari terhadap peningkata­n harga tiket metro

-

SANTIAGO: Presiden Chile telah mengumumka­n perintah darurat di Santiago pada malam kelmarin dan memberikan tanggungja­wab kepada pihak tentera bagi keselamata­n selepas bantahan ganas selama sehari terhadap peningkata­n harga tiket metro.

“Saya telah mengumumka­n satu perintah darurat dan, sepanjang tempoh itu, saya telah melantik Mejar Jeneral Javier Iturriaga del Campo sebagai ketua bagi pertahanan negara, sejajar dengan peruntukan bagi perundanga­n negara untuk perintah darurat,” menurut Presiden Sebastian Pinera.

Sepanjang kelmarin, penunjuk perasaan telah berbalah dengan polis pencegah rusuhan di beberapa bahagian di bandar ini dan sistem perkhidmat­an kereta api bawah tanah telah ditutup selepas serangan ke atas beberapa stesen.

Pergaduhan ganas berlarutan sehingga waktu malam, dan bangunan syarikat bekalan elektrik ENEL serta sebuah cawangan Banco Chile, kedua-duanya di pusat bandar, telah dibakar dan beberapa stesen metro diserang dengan koktel Molotov.

Ketegangan bermula sebagai protes mengelak tambang terhadap peningkata­n harga tiket metro, yang bertambah daripada 800 kepada 830 peso bagi perjalanan waktu kemuncak, selepas satu peningkata­n sebanyak 20 peso pada Januari.

Serangan ke atas stesen metro memaksa penutupan seluruh stesen kereta api bawah tanah, yang merupakan kunci utama bagi pengangkut­an awam di ibu negara yang sesak dan tercemar, membawa seramai tiga juta penumpang dalam sehari.

“Seluruh rangkaian telah ditutup disebabkan oleh rusuhan dan kemusnahan yang menghalang keadaan keselamata­n minimum bagi penumpang dan pekerja,” menurut pengusaha metro di Twitter, selepas serangan terhadap hampir semua 164 stesen di mana banyak pintu pagar dan lawang putar telah dirosakkan.

Santiago Metro, kira-kira 140 kilometer merupakan yang terbesar dan paling moden di Amerika Selatan, telah dijangka akan terus ditutup sepanjang hujung minggu ini dan akan dibuka semula secara berperingk­at pada minggu depan.

Penutupan metro memaksa ramai penduduk Santiago yang berjalan kaki pulang ke rumah, kadangkala melibatkan jarak jauh, menyebabka­n suasana tegang.

Penunjuk perasaan telah meletakkan penghadang di beberapa bahagian di bandar dan bergaduh dengan polis, yang menggunaka­n meriam air dan gas pemedih mata dalam pertempura­n jalanan yang paling ganas pernah dilihat di bandar utama Chile bagi satu tempoh yang lama.

Pinera telah menghentam penunjuk perasaan sebagai penjenayah.

“Keinginan ini untuk meleraikan semuanya adalah bukan satu bantahan, ia merupakan satu jenayah,” kata beliau dalam satu temu bual radio.

Pada Khamis lepas, 133 orang telah diberkas kerana menyebabka­n kerosakan kepada stesen metro, dianggarka­n berjumlah sehingga 500 juta peso.

 ?? — Gambar Carlos Vera/Reuters ?? GANAS: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis rusuhan semasa bantahan ganas terhadap peningkata­n harga tiket metro di pusat bandar Santiago, Chile kelmarin.
— Gambar Carlos Vera/Reuters GANAS: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis rusuhan semasa bantahan ganas terhadap peningkata­n harga tiket metro di pusat bandar Santiago, Chile kelmarin.
 ?? — Gambar Claudio Reyes/AFP ?? MARAK: Bas terbakar semasa bantahan ganas terhadap peningkata­n harga tiket metro di pusat bandar Santiago, Chile kelmarin.
— Gambar Claudio Reyes/AFP MARAK: Bas terbakar semasa bantahan ganas terhadap peningkata­n harga tiket metro di pusat bandar Santiago, Chile kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia