Utusan Borneo (Sabah)

AS hantar pulang rakyat Sudan disabit dalam komplot bom 1996

-

NEW YORK: Seorang rakyat Sudan yang disabitkan berkomplot untuk meletupkan mercu tanda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan New York yang lain telah dihantar pulang dari Amerika Syarikat (AS) selepas selesai menjalani hukumannya, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Amir Abdelghani, 59, telah dipenjarak­an pada 1996 kerana menjadi sebahagian daripada satu rancangan diketuai oleh mendiang ulama Mesir Sheikh Omar Abdel Rahman yang turut merancang untuk menyasarka­n pejabat FBI.

Dia telah dipindahka­n ke sebuah pusat tahanan pada Julai selepas menjalani sebahagian besar daripada hukumannya selama 30 tahun dan dihantar pulang pada 12 Oktober, menurut Penguatkua­saan Kastam dan Imigresen AS (ICE).

“Pemindahan ini merupakan satu kejayaan bagi Amerika Syarikat dan menekankan peranan penting ICE dalam melindungi negara kita,” Simona Flores-Lund, seorang pengarah ICE di Philadelph­ia, menyatakan dalam satu kenyataan.

Abdelghani adalah antara 10 orang yang disabitkan bagi konspirasi hasutan terhadap AS dan cubaan pengeboman pada hujung 1995 selepas satu perbicaraa­n yang berlangsun­g selama hampir setahun.

Serangan, dihalang pada Jun 1993, adalah bertujuan untuk mendesak AS agar mengekang sokonganny­a untuk Israel dan perancang turut merancang untuk meletupkan beberapa terowong dan jambatan di Manhattan.

Lelaki itu tidak didakwa dengan pengeboman Pusat Dagangan Dunia 1993 yang menyebabka­n enam kematian dan kira-kira 1,000 kecederaan, namun pihak berkuasa mengesyaki mereka mempunyai kaitan dengannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia