Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Iraq didakwa terbabit sindiket penyeludup­an manusia di Australia

-

SYDNEY: Seorang lelaki Iraq telah didakwa di Australia dengan penyeludup­an manusia berhubung dengan kematian akibat lemas melibatkan lebih 350 pemohon suaka pada tahun 2001, menurut pihak polis semalam.

Maythem Radhi, 43, telah ditangkap di lapangan terbang Brisbane selepas diekstradi­si dari New Zealand dan telah didakwa “menganjurk­an kumpulan bukan rakyat ke Australia”.

Dia berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun sekiranya disabitkan.

Polis mendakwa dia adalah sebahagian daripada satu sindiket yang mengenakan caj kepada 421 orang kebanyakan­nya pelarian Iraq dan Afghan untuk satu tempat di dalam sebuah bot nelayan Indonesia dikenali oleh pihak berkuasa Australia sebagai SIEV-X pada 2001.

Kapal tersebut karam di Lautan India ketika dalam perjalanan ke Christmas Island di Australia, menyebabka­n 353 orang meninggal dunia, 146 daripada mereka adalah kanak-kanak.

“Pihak polis akan menyatakan di mahkamah bahawa lelaki tersebut, berusia 24 tahun ketika itu, menerima bayaran daripada penumpang,” kata Polis Persekutua­n Australia dalam satu kenyataan semalam – tepat 18 tahun selepas kemalangan tersebut.

“Ia akan turut menyatakan bahawa dia membantu menyediaka­n pengangkut­an dan penempatan bagi mereka di Indonesia ketika dalam persediaan bagi perjalanan mereka ke Australia,” tambahnya. Radhi merupakan orang ketiga yang dihadapkan ke mahkamah bagi peranan mereka dalam kemalangan itu.

Penyeludup rakyat Iraq Khaleed Shnayf Daoed telah diekstradi­si dari Sweden ke Australia pada 2003 dan menerima hukuman penjara selama sembilan tahun pada dua tahun kemudian, dengan pendakwa raya menggambar­kan pemuda berusia 36 tahun ketika itu sebagai penganjur utama bagi penyeludup rakyat Mesir Abu Quassey.

Quassey telah disabitkan di Mesir pada Disember 2003 kerana menyebabka­n kematian melalui tindakan pengabaian dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia