Utusan Borneo (Sabah)

Tiga didakwa rogol pelancong Perancis di mahkamah Kemboja

-

PHNOM PENH: Sebuah mahkamah Kemboja telah mendakwa tiga lelaki atas tuduhan merogol secara berkumpula­n seorang pelancong Perancis di wilayah pantai Kampot selepas menawarkan beliau menumpang kereta mereka, menurut polis semalam.

Tiga suspek telah diberkas pada Selasa dan Rabu lepas, beberapa hari selepas wanita berusia 43 tahun itu melaporkan tentang serangan seksual kepada pihak polis pada 12 Oktober, ketua polis wilayah Kampot, Mao Chanmathur­ith memberitah­u AFP.

Beliau menyatakan lelaki tersebut telah menawarkan kepada pelancong itu untuk menaiki kenderaan ke tempat penginapan­nya ketika beliau sedang berjalan bersendiri­an pada jam 3 pagi sebelum memaksa beliau memasuki kenderaan, membawa beliau ke sebuah kawasan senyap dan merogolnya.

“Mereka telah didakwa merogol dan ditempatka­n dalam penahanan sebelum perbicaraa­n pada petang kelmarin,” jelas beliau.

Lelaki tersebut – seorang pemandu teksi berusia 36 tahun dan dua pekerja pembinaan berusia 19 dan 23 tahun – berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun sekiranya disabitkan, menurut dokumen mahkamah yang dilihat AFP.

Kampot, empat jam barat daya dari ibu negara Phnom Penh, adalah sebuah destinasi terkenal di kalangan pelancong asing yang mencari satu alternatif pantai yang sunyi hinggalah kawasan tarikan utama terkenal seperti Siem Reap, kawasan bagi kompleks kuil Angkor Wat.

Namun wilayah pantai sejak beberapa tahun ini telah mendapat reputasi bagi penggunaan dadah, menarik pengedar luar negara dan tempatan berminat untuk menjual kepada kumpulan pengembara yang selalu berpesta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia