Utusan Borneo (Sabah)

Filem Upin & Ipin tersenarai dalam pencalonan anugerah Oscar

-

FILEM animasi popular tempatan ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les’ Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraik­an bersama 32 filem animasi antarabang­sa lain bagi pencalonan pada Anugerah Academy atau Oscar 2020 bagi kategori Filem Animasi Terbaik. Syarikat produksi tempatan itu berkongsi berita gembira itu menerusi catatan di laman rasmi Instagram dan Twitter rasmi miliknya kelmarin. “Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal disenaraik­an bersama 32 filem animasi antarabang­sa yang lain bagi pencalonan Oscars 2020. “Terima kasih rakyat Malaysia di atas sokongan luar biasa terhadap filem ini,” tulis syarikat itu. ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ bersaing dengan filem animasi antarabang­sa seperti ‘The Angry Birds Movie 2’, ‘Toy Story 4’, ‘The Secret Life of Pets’ dan ‘Frozen 2’. Filem animasi yang mula ditayangka­n pada 21 Mac lepas itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta iaitu selepas tiga minggu ia ditayangka­n dengan jumlah penonton mencecah 2 juta di Malaysia. ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ mengisahka­n mengenai pengembara­an dua beradik itu yang digarap dengan beberapa karakter daripada kisah hikayat dongeng Melayu lama antaranya Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan Si Tanggang. Filem menelan kos RM20 juta itu baru-baru ini diangkat sebagai Filem Cetera Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabang­sa 2019 (Animaze) di Montreal, Kanada. Selain menembusi pasaran China, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal turut ditayangka­n di Indonesia, Vietnam, Uzbekistan dan India.

 ?? — Gambar Bernama ?? PENCALONAN OSCAR 2020: Gambar fail bertarikh pada 8 Januari 2019 menunjukka­n Pengarah Urusan Les’ Copaque yang juga penerbit filem animasi ‘Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal’, Burhanuddi­n Md Radzi bersama kru produksi Les Copaque pada majlis pelancaran poster ‘Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal’ dan trailer filem di Kuala Lumpur. Filem ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les’ Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraik­an bersama 32 filem animasi antarabang­sa lain bagi pencalonan pada Anugerah Academy atau Oscar 2020 bagi kategori Filem Animasi Terbaik.
— Gambar Bernama PENCALONAN OSCAR 2020: Gambar fail bertarikh pada 8 Januari 2019 menunjukka­n Pengarah Urusan Les’ Copaque yang juga penerbit filem animasi ‘Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal’, Burhanuddi­n Md Radzi bersama kru produksi Les Copaque pada majlis pelancaran poster ‘Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal’ dan trailer filem di Kuala Lumpur. Filem ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les’ Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraik­an bersama 32 filem animasi antarabang­sa lain bagi pencalonan pada Anugerah Academy atau Oscar 2020 bagi kategori Filem Animasi Terbaik.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SUARA UPIN & IPIN: Pemilik suara latar Upin dan Ipin, Asyiela Putri ketika menjawab pertanyaan media di Kuala Lumpur dalam gambar fail bertarikh 8 Januari 2019 ini.
— Gambar Bernama SUARA UPIN & IPIN: Pemilik suara latar Upin dan Ipin, Asyiela Putri ketika menjawab pertanyaan media di Kuala Lumpur dalam gambar fail bertarikh 8 Januari 2019 ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia