Utusan Borneo (Sabah)

Semua sistem pengangkut­an perlu siap sedia hadapi TMM 2020: Loke

Persiapan termasuk perkhidmat­an di lapangan terbang, bas persiaran, e-hailing dan teksi

-

SEREMBAN: Persediaan rapi daripada semua pemain industri dalam sektor pengangkut­an perlu dilakukan bermula sekarang, menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) yang dijangka menarik ramai pelancong ke negara ini, kata Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook.

Katanya persiapan itu termasukla­h, daripada perkhidmat­an di lapangan terbang, bas persiaran, perkhidmat­an e-hailing dan juga teksi.

“Persiapan untuk TMM 2020 telah lama diadakan dan memang Kementeria­n Pengangkut­an merupakan kementeria­n sokongan kepada TMM 2020, kerana kita menjangkak­an lebih ramai orang datang ke negara kita. Sudah tentu pintu masuk yang paling penting ialah lapangan terbang, Jadi lapangan terbang perlu bersiap sedia… syarikat-syarikat penerbanga­n perlu bersiap sedia.

“Kita punya bas persiaran, pengangkut­an awam, teksi dan e-hailing semua ada tempiasnya. Semua perlu bersiap sedia menerima lebih ramai pengunjung dan ini merupakan satu peluang untuk mereka tambah pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Pendidikan (Sektor Pengangkut­an) 2019 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Sumber Manusia, Perladanga­n dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan J. Arul Kumar. Loke berkata kerajaan membelanja­kan sejumlah wang yang besar mempromosi­kan TMM 2020, bagi memberi impak yang positif, bukan sahaja kepada negara, bahkan rakyat keseluruha­nnya.

Selain TMM 2020, beliau berkata tahun hadapan juga merupakan tahun yang penting buat kerajaan khususnya dan kementeria­n amnya, dengan terdapat pelbagai acara bertaraf antarabang­sa dianjurkan di negara ini.

“Ini termasukla­h persidanga­n Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada hujung tahun hadapan dan Kementeria­n Pengangkut­an pula akan menganjurk­an Persidanga­n dan Pameran Pengangkut­an. Persidanga­n pengangkut­an itu kita nak tunjukkan bahawa apakah perkembang­an dan pencapaian pengangkut­an negara kita.

“Yang lebih penting kita juga nak tarik lebih banyak pempamer untuk pamerkan teknologi yang ada, teknologi moden dan masa hadapan, supaya kita dapat dedahkan kepada rakyat kita apakah perkembang­an teknologi pada hari ini.” katanya.

Loke berkata persidanga­n pengangkut­an itu juga dijangka membincang­kan hala tuju sektor pengangkut­an, selain menjemput pakar-pakar memberikan pandangan berhubung sektor berkenaan.

“Yang paling penting, kerajaan dan kementeria­n mesti bersiap sedia untuk masa depan. Yang pertama menyediaka­n infrastruk­tur, kedua menyediaka­n kerangka undang-undang untuk pengangkut­an masa depan. Ada syarikat-syarikat yang sedang membina kenderaan elektrik dan kenderaan tanpa pemandu.

“Kita dalam kementeria­n kena melihat kepada kerangka undang-undang, sebab mungkin teknologi itu sudah ada, dan saya tak hairan pada hari ini ada kenderaan tanpa pemandu, tetapi kalau ia ada di atas jalan raya, bagaimana kita nak merangka undang-undang kita. Kalau dia langgar, apakah undang-undang yang kawal kenderaan itu. Itu yang memerlukan banyak perbincang­an dan pemikiran,” katanya.

Yang lebih penting kita juga nak tarik lebih banyak pempamer untuk pamerkan teknologi yang ada, teknologi moden dan masa hadapan, supaya kita dapat dedahkan kepada rakyat kita apakah perkembang­an teknologi pada hari ini.

Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pengangkut­an

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Loke (tiga kiri) bertanya sesuatu kepada pengunjung yang memohon pekerjaan ketika mengadakan lawatan di ruangan gerai pameran kerjaya pada Karnival Kerjaya dan Pendidikan Pengangkut­an di Seremban, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Loke (tiga kiri) bertanya sesuatu kepada pengunjung yang memohon pekerjaan ketika mengadakan lawatan di ruangan gerai pameran kerjaya pada Karnival Kerjaya dan Pendidikan Pengangkut­an di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia