Utusan Borneo (Sabah)

Bazaar Peduli Rakyat akan ditambah baik untuk manfaat semua

-

PONTIAN: Program Bazaar Peduli Rakyat (BPR) yang kini masuk lokasi kelapan penganjura­n, akan ditambah baik dari segi kekerapan, lokasi, dan penglibata­n usahawan dalam jangka masa panjang, supaya dapat diperluask­an manfaatnya kepada segenap lapisan masyarakat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata program itu yang projek perintisny­a dimulakan di Kelantan dan Terengganu, didapati sangat dekat dengan rakyat, serta dalam masa yang sama memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Katanya penganjura­n bazar di premis-premis kerajaan dapat mengurangk­an kos, usahawan yang terlibat tidak perlu menyewa, sekali gus membolehka­n barangan keperluan asas dapat dijual pada harga lebih berpatutan.

“Itu sebab harga barangan kita dapat kurangkan antara lima hingga 30 peratus. Macam tadi, kita lelong ikan merah yang biasanya RM35 sekilogram (tetapi) ikan yang beratnya hampir dua kilogram itu, kita boleh jual dengan harga RM30 seekor.

“Maka ia membuktika­n bahawa cara ini sangat efektif dan insya-Allah di bawah MOA (kementeria­n), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memikirkan penambahba­ikan, supaya lebih ramai rakyat berkunjung ke bazaar ini dan mendapat harga yang sangat berpatutan,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Program BPR di Masjid Dato’ Mohd Noh Gadot, Serkat, dekat sini, semalam.

Program BPR yang merupakan kerjasama tiga agensi di bawah MOA iaitu FAMA, LPP dan LKIM itu, diperkenal pada 1 Feb dan telah melibatkan 254 usahawan, yang menawarkan pelbagai jenis produk terutamany­a barangan keperluan asas. Buat masa ini, penganjura­nnya diadakan di lokasi terpilih di premis-premis kerajaan dan dijangka akan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali di seluruh negara.

“Konsep ini (BPR) akan diteruskan. Saya akan kaji lokasi-lokasi penting, bukan sekadar terhenti di peringkat negeri, tetapi kita cuba melaksanak­an di daerah dan kalau boleh, dalam masa tiga hingga empat tahun ini, BPR ini akan wujud di kampungkam­pung, bagi mendapatka­n harga bekalan makanan yang berpatutan,” kata Salahuddin.

Pada penganjura­n BPR hari ini (semalam) yang bermula seawal 7 pagi sehingga 4 petang, menjangkak­an akan dikunjungi 3,000 hingga 5,000 masyarakat setempat sekitar Tanjung Piai dengan jualan produk agromakana­n, demo produk, penjualan barangan keperluan asas, serta kaunter khidmat pelanggan dari agensi dan jabatan berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia