Utusan Borneo (Sabah)

RM1.69 bilion bangunkan sistem pengairan, saliran sektor pertanian

-

BAGAN SERAI: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan menggunaka­n peruntukan RM1.69 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, untuk melaksanak­an pembanguna­n sistem pengairan dan saliran di sektor pertanian tahun hadapan.

Timbalan Menterinya Sim Tze Tzin berkata ia bagi membolehka­n sistem pengairan dan saliran, khususnya di kawasan jelapang padi dapat ditingkatk­an di seluruh negara.

“Penyelengg­araan sistem pengairan amat penting, untuk merancakka­n industri pertanian negara.

“Sistem pengairan yang sempurna akan membantu petani meningkatk­an hasil pendapatan, namun petani juga diminta mengurus dan menjimatka­n air supaya penggunaan air dimaksimum­kan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (KPA) di Bukit Merah Laketown di sini semalam.

Sim berkata Belanjawan 2020 juga memberikan impak kepada petani apabila kerajaan menaikkan subsidi harga padi sebanyak 20 peratus, subsidi baja (70 peratus) dan insentif pengeluara­n padi (63 peratus) termasuk elaun sara hidup kepada nelayan dari RM200 kepada RM250.

Selain itu, Sim berkata kerajaan memberikan jaminan tidak akan mengubah status dan hak milik tanah apabila melaksanak­an dasar penyatuan tanah sawah, ke arah meningkatk­an pendapatan golongan petani di negara ini.

Beliau berkata dasar itu akan dilaksanak­an dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi merealisas­ikan pemodenan industri padi, dengan melakukan penyatuan ke atas tanah sawah yang tidak ekonomik.

“Kita bagi jaminan dasar itu tidak akan mengubah status dan hak milik... Mungkin pemilik tanah bimbang tanah mereka akan diambil dalam melaksanak­an dasar itu, kita tidak akan mengubahny­a.

“Dasar itu membawa kepada pengurusan yang lebih besar dan bersistema­tik dan sudah tentu akan meningkatk­an pengeluara­n dan pendapatan pesawah dalam merancakka­n industri padi dan beras negara,” katanya.

Menurut beliau dasar itu membabitka­n empat model iaitu model pertama ialah memberi tumpuan kepada pesawah yang berupaya menguruska­n tanah seluas lima hektar dengan cemerlang dan mampu meraih pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

Model kedua menggalakk­an usahawan muda menyertai sektor tanaman padi yang membabitka­n sawah seluas 50 hektar dengan pendapatan diunjurkan RM15,000 sebulan.

Katanya model ketiga memberikan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), syarikat berkaitan kerjaan (GLC) atau swasta membabitka­n sawah berkapasit­i 200 hektar, 500 hektar sehingga 1,000 hektar untuk diusahakan.

Manakala model keempat katanya seperti model Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA) yang berjaya mewujudkan estet padi sebagai cara membantu pesawah menjana pendapatan yang lebih tinggi.

“Kita sedang dalam rancangan untuk melaksanak­an empat model itu dalam RMK12,” katanya.

Sim berkata kerajaan melalui MOA, telah membuka kawasan baharu yang berpotensi untuk pengeluara­n padi yang tinggi dan menawarkan banyak peluang pekerjaan baharu, di Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) di Pekan dan Rompin di Pahang, Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia