Utusan Borneo (Sabah)

Usaha sedang diambil bagi tangani sisa elektrik dan elektronik: Yeo

-

KUALA LUMPUR: Penggunaan peralatan atau gajet elektrik dan elektronik yang terus meningkat bermakna sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) yang perlu dilupuskan atau dikitar semula juga akan meningkat.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin berkata bagi menangani masalah ini, kerajaan sedang merangka draf peraturan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste).

“Sekarang ramai tak tahu peti sejuk, bateri, telefon bimbit nak dibuang di mana dan kita buang sekali dengan sisa lain kerana tiada pusat pembuangan yang khas. Jadi ia mencemarka­n alam sekitar, sebab itu kita mahu adakan peraturan e-waste ini yang mana ia penyelesai­an jangka panjang dan lebih teratur termasuk kutipan, cara kitar semula dan membantu dari segi ekonomi.

“Draf ini sudah pun di peringkat akhir (peringkat kementeria­n) sebelum disampaika­n Jabatan Peguam Negara. Bagaimanap­un butiran mengenai peraturan itu akan dijelaskan kemudian, kita akan umumkan secepat mungkin bagi memberi peluang kepada orang ramai menyemak dan memahaminy­a,” kata beliau kepada pemberita ketika menghadiri sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 Peringkat Kebangsaan di sini semalam.

Sambutan HASN 2019 bertemakan ‘Alam Sekitar, Tanggungja­wab Bersama’ itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad.

Yeo berkata penumpuan dalam peraturan pembuangan e-waste dikategori­kan kepada enam jenis elektronik terjadual iaitu pendingin hawa, mesin basuh, televisyen, telefon bimbit, peti ais dan komputer.

Tambahnya lagi, kajian menunjukka­n rakyat Malaysia menggunaka­n 75 kilogram (kg) plastik seorang setahun, tiga kali ganda melebihi purata serantau 20kg plastik seorang setahun.

“Oleh itu, menjadi hasrat kerajaan supaya kita boleh mengurangk­an penggunaan plastik, jadi dengan adanya kempen kesedaran alam sekitar kita boleh mengurangk­an sekurang-kurangnya kepada purata dan kalau boleh lebih baik lagi,” katanya.

Terdahulu, Khalid dalam ucapannya mencadangk­an agar nama taman rekreasi ‘Taman Pudu Ulu’ dapat dijenamaka­n semula agar lebih menarik dan melambangk­an unsur alam, sekali gus menarik lebih ramai warga kota mengunjung­i taman untuk aktiviti riadah.

“Jika mahu kekalkan nama ini pun tidak menjadi masalah tetapi usaha untuk menghidupk­an taman ini sebagai pusat tumpuan orang ramai dan pelancong wajar diberi perhatian dan masukkan lokasi menarik seperti ini dalam senarai boleh dikunjungi pelancong,” katanya.

Beliau berkata dalam mencorak masa depan Kuala Lumpur, elemen pengurusan alam sekitar secara lestari turut menjadi dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menggubal pelan struktur Kuala Lumpur dan pada masa kini usaha mempersiap­kan pelan Pembanguna­n Kuala Lumpur 2040 sedang dilaksanak­an.

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Yeo (dua kiri) melawat gerai pameran ketika Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringat Kebangsaan 2019 di Taman Pudu Ulu Cherasdeka­t Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Yeo (dua kiri) melawat gerai pameran ketika Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringat Kebangsaan 2019 di Taman Pudu Ulu Cherasdeka­t Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia