Utusan Borneo (Sabah)

Majlis turut dihadiri pemimpin-pemimpin luar negara termasuk Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad Jokowi angkat sumpah hari ini, Jakarta ‘dikawal ketat’

-

JAKARTA: Isu keselamata­n menjadi perhatian utama semasa majlis pelantikan Presiden Indonesia hari ini, apatah lagi bila majlis itu turut dihadiri pemimpinpe­mimpin luar negara termasuk Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Joko Widodo, 57, akan mengangkat sumpah pelantikan­nya di bangunan Parlimen Indonesia jam 2 petang hari ini, selepas memenangi pilihan raya Presiden 2019 pada 17 April lepas.

Tempoh pentadbira­nnya bagi penggal pertama (20142019) tamat hari ini (19 Oktober 2019).

Perdana Menteri Malaysia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Halim Perdanakus­uma, Jakarta, jam 11.15 pagi waktu Indonesia Barat, untuk menghadiri majlis pelantikan itu.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar berkata kehadiran Tun Dr Mahathir itu adalah manifestas­i tentang keakraban hubungan keduakedua pemimpin itu, dan keutuhan hubungan Malaysia dan Indonesia.

Tun Dr Mahathir akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

“Teras hubungan Malaysia dan Indonesia adalah kedekatan kedua-dua pemimpin, (majlis pelantikan Jokowi) membuka lembaran baru persahabat­an dalam penggal kedua pemerintah­an Jokowi agar terus kukuh,” kata Zainal Abidin.

Kota Jakarta kini “dikawal ketat” polis dan tentera Indonesia, bagi memastikan majlis pelantikan Presiden dan Naib Presiden yang baharu, Ma’ruf Amin berjalan lancar.

Isu keselamata­n menjadi fokus pihak berkuasa Indonesia, berikutan beberapa kejadian rusuhan dan demonstras­i, isu-isu berkaitan etnik di Papua dan Kalimantan, isu pindaan rang undang-undang berkaitan jenayah dan rasuah serta kejadian seorang menteri Indonesia ditikam baru-baru ini.

Lebih 30,000 anggota polis dan tentera ditugaskan menjaga keamanan di ibu kota Jakarta, terutamany­a di kawasan parlimen Indonesia, Istana Merdeka dan kawasankaw­asan strategik di Jakarta.

Anggota tentera dan polis jelas kelihatan berkawal di setiap kawasan strategik di kota Jakarta, manakala di bangunan parlimen Indonesia, anggota polis dan tentera melakukan kawalan ketat di kawasan dalam dan luar bangunan itu.

Jalan sekeliling bangunan parlimen - Jalan Gatot Soebraoto, Jalan Gelora dan Jalan Parlimen, Jalan Palmera dan Jalan Gelora, ditutup kepada lalu lintas.

Menurut Polis Indonesia memetik laporan agensi berita Antara, sebanyak 22 orang ditahan sejak September lepas kerana dipercayai mahu merencana tindakan keganasan dan rusuhanmen­jelangpela­ntikan Presiden itu.

Polis turut merampas bom buatan sendiri dan molotov koktel yang dipercayai akan digunakan untuk memcetuska­n hurahara.

Zainal Abidin berkata kedutaan Malaysia turut mengadakan perbincang­an dengan pihak berkuasa Indonesia bagi memastikan langkah-langkah dan kawalan keselamata­n terjamin semasa kehadiran Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) Indonesia, sebanyak 17 pemimpin dan ketua negara luar akan turut hadir pada majlis pelantikan presiden itu.

Teras hubungan Malaysia dan Indonesia adalah kedekatan kedua-dua pemimpin, (majlis pelantikan Jokowi) membuka lembaran baru persahabat­an dalam penggal kedua pemerintah­an Jokowi agar terus kukuh.

Datuk Zainal Abidin Bakar Duta Besar Malaysia di Indonesia

Selain Tun Dr Mahathir, antara ketua negara lain yang dijadualka­n hadir ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long; Perdana Menteri Australia, Scott Morrison; dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Seorang penganalis­is politik ketika ditanya Bernama berkata majlis pelantikan itu seharusnya menjadi acara yang “disukai rakyat” kerana Jokowi adalah pilihan rakyat, dengan majoriti undi yang diperolehi­nya hampir 17 juta undi.

Pada 21 Mei lepas, Komisi Pemilihan Umum mengumumka­n kemenangan Jokowi, 57, bersama pasanganny­a untuk jawatan naib presiden, Ma’ruf Amin, 76, memperoleh­i 85,607,362 undi, manakala Prabowo Subianto, 67, dan pasanganny­a untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperoleh­i 68,650,239 undi.

“Tapi pelantikan (angkat sumpah presiden) kali ini seperti Jakarta sedang “darurat”, polis dan tentera berkawal di mana-mana, tidak seperti tahun 2014 (sewaktu lantikan Jokowi sebagai presiden penggal pertamanya).

“Suasana “tegang” ini mungkin disebabkan demosntras­i dan rusuhan kebelakang­an ini di Jakarta, selain isu-isu yang menimbulka­n kemarahan pihak tertentu berkaitan pindaan rang undang-undang rasuah dan jenayah, selain ketegangan­kaumyangbe­rlaku di Papua, serta mungkin keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin tinggi,” kata penganalis­is itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia