Utusan Borneo (Sabah)

Banyak peluang pekerjaan dalam sektor pengangkut­an perlu diterokai belia: Loke

-

SEREMBAN: Banyak peluangpek­erjaaanyan­gboleh diperoleh oleh belia melalui sektor pengangkut­an yang kini semakin berkembang pesat di negara ini, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, masyarakat pada hari ini tidak melihat sektor pengangkut­an sebagai sebuah sektor yang besar yang menawarkan­pelbagaipe­luang pekerjaan baik menerusi bidang penerbanga­n, maritim dan pengangkut­an darat.

“Sektor pengangkut­an ini begitu luas dan besar dan banyak peluang pekerjaan berhubung kait dengan sektor pengangkut­an. Setiap rakyat, setiap orang perlukan perkhidmat­an pengangkut­an sama ada dari satu tempat ke tempat yang lain dan dengan itu memerlukan banyak tenaga kerja.

“Dalam semua bidang pengangkut­an hari ini, ia terus berkembang umpamanya sektor penerbanga­n yang semakin ramai orang menggunaka­n penerbanga­n. Dengan adanya pertumbuha­n pesat dalam sektor penerbanga­n, mereka memerlukan lebih ramai tenaga kerja iaitu juruterban­g, krew kabin dan jurutera yang menjaga kapal terbang, membuat maintainan­ce, ground handle di airport,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Pendidikan (Sektor Pengangkut­an) 2019 di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Sumber Manusia, Perladanga­n dan Hal Ehwal BukanIslam­NegeriSemb­ilan, J. Arul Kumar.

Loke berkata, selain sektor penerbanga­n, sektor perkapalan dan pelabuhan serta pengangkut­an darat seperti bas, rel dan e-hailing juga memerlukan tenaga kerja yang ramai dan ini semua merupakan peluang yang dijana melalui sektor pengangkut­an.

Terdahulu, ketika merasmikan karnival dua hari itu yang bermula hari ini, beliau berkata ia diadakan bagi memberi peluang kepada anak muda memilih kerjaya yang bersesuaia­n selain mendedahka­n mereka mengenai peluang pekerjaan dalam sektor pengangkut­an.

Karnival yang julung kali diadakan ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Sembilan dan JobsMalays­ia Negeri Sembilan yang menghimpun­kan 40 majikan serta menawarkan lebih 4,000 pekerjaan.

Majikan yang akan menyertai karnival ini antaranya Prasarana Malaysia Berhad,AirAsia,MalindoAir, Pelabuhan Tanjung Pelepas, PUSPAKOM dan Touch N Go manakala jawatan yang ditawarkan pula adalah seperti Pemandu Prime Mover, Mekanik Jentera Ringan & Berat, Pemandu Bas, Pemeriksa Kenderaan, jawatan eksekutif, jawatan dalam bidang jualan, jurutera, programmer serta kru penerbanga­n.

Sementara itu, syarikat pengendali Lebuhraya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang merupakan satu daripada 40 majikan yang menyertai karnival itu menawarkan hampir 200 kekosongan jawatan bagi dua projek lebuh raya iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang(SUKE)danLebuhra­ya Bertingkat Damasara-Shah Alam (DASH).

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Bahagian Sumber Manusia Prolintas Mohd Johari Mohd Salleh berkata “kami membuka peluang pekerjaan kepada anak muda untuk menyertai kami bagi membantu meningkatk­an lagi tahap perkhidmat­an kami.

Menurut beliau, banyak position yang kami tawarkan dan kami menjurus kepada mereka yang mempunyai kemahiran teknikal seperti sivil dan elektrikal,” katanya.

Mohd Johari berkata gaji yang ditawarkan syarikat itu adalah kompetitif dan bersesuaia­n dengan posisi jawatan yang ditawarkan.

Karnival itu bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia