Utusan Borneo (Sabah)

Graduan diingatkan bersiap sedia untuk hadapi IR4.0

-

KUALA LUMPUR: Para graduan diingatkan supaya sentiasa peka dengan kehendak tenaga kerja masa depan, dan bersiap sedia untuk menghadapi Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

Presiden pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz berkata generasi muda perlu memanfaatk­an kemahiran teknologi dengan bijak untuk mengatasi cabaran hari ini dari semua aspek.

“Dengan kemunculan IR4.0; ekonomi gig dan ‘Internet of Things’ telah mencipta peluang-peluang baharu dalam setiap sektor. Generasi anda adalah yang paling sesuai untuk beroperasi dalam persekitar­an ini.

“Ketika ini di seluruh dunia, generasi muda melabur dalam pertumbuha­n lestari, membolehka­n orang ramai hidup dalam persekitar­an yang lebih baik,” katanya semasa berucap di majlis Konvokesye­n Kolej ICAN 2019 sebagai tetamu Kehormat di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua pegawai Eksekutif Kolej ICAN CollegeDat­ukCheahKon­gWai, pengerusi/lembaga pentadbir Prof Emirita Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan dan ahli LembagaPen­garahKolej­ICAN Datuk Seri Azman Ujang, yang juga adalah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Terdahulu Tunku Zain menyampaik­an skrol kepada 50 graduan dari Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dalam pelbagai program.

Kolej ICAN adalah institusi pengajian tinggi yang dibangunka­n pada tahun 2008 yang menawarkan Diploma dalam Fisioterap­i, Diploma dalam Teknologi Makmal, Diploma dalam Farmasi, Diplomadal­amKejurura­watan danDiploma­dalamPerni­agaan Antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia