Utusan Borneo (Sabah)

Kaji harga siling rumah sesuai bagi pembeli asing: Zuraida

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta kerajaan negeri mengkaji harga siling yang sesuai bagi pembelian rumah oleh pembeli asing di negeri masing-masing.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata pengumuman penurunan had harga RM600,000 dalam Belanjawan 2020 hanya sebagai panduan dan menegaskan perkara itu akan dilaksanak­an selama setahun bermula tahun depan.

“Ia dicadangka­n Kementeria­n Kewangan memandangk­an lambakan rumah tidak terjual.

“Jadi saya minta kerajaan negeri untuk nilaikan harga siling yang sesuai kerana mereka mempunyai kuasa dan sudah tentu harga siling setiap negeri berbeza... seperti Johor dengan Perak tidak sama. Mereka ada harga siling sendiri,” katanya.

Zuraida berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran ‘Be Green’ anjuran Petronas Chemicals Group Berhad di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat, semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Petronas Chemicals Group Berhad Datuk Sazali Hamzah.

Program itu diadakan bertujuan memupuk kesedaran komuniti setempat mengenai kepentinga­n kitar semula dan penjagaan kebersihan Sungai Langat supaya dapat diperlihar­a sebagai tempat rekreasi bagi pengunjung.

Pada Selasa lepas, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementeria­n Kewangan Johan Mahmood Merican memaklumka­n langkah itu dilaksanak­an bagi mengurangk­an stok hartanah yang tidak terjual khususnya unit komersial bernilai tinggi seperti kondominiu­m.

Semasa membentang­kan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumka­n kerajaan akan menurunkan had harga hartanah bangunan tinggi di kawasan bandar untuk pemilikan asing daripada RM1 juta kepada RM600,000.

Dalam pada itu Zuraida juga menyambut baik cadangan Menteri Pengangkut­an Anthony Loke pada Jumaat supaya projek pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) diberi kelonggara­n mengurangk­an bilangan petak letak kereta kerana ia mampu mengurangk­an kos unit kediaman selain menggalakk­an orang ramai menggunaka­n pengangkut­an awam.

“Apabila rumah dibina berdekatan pengangkut­an awam tidak perlu lagi kita bagi kemudahan parkir, ini akan membantu anak-anak muda di bandar mengurangk­an kos sara hidup mereka,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN PROGRAM: Zuraida Kamaruddin (dua kanan) menanam pokok sempena program‘Be Green and Water For Life’ di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN PROGRAM: Zuraida Kamaruddin (dua kanan) menanam pokok sempena program‘Be Green and Water For Life’ di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia