Utusan Borneo (Sabah)

RM21.17 juta untuk program keusahawan­an bimbingan RISDA Perak

-

IPOH: Sebanyak RM21.17 juta diperuntuk­kan bagi melaksanak­an program pembanguna­n usahawan di bawah bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Perak, sepanjang tahun ini.

Timbalan Pengarahny­a, Nor Afzami Isa berkata, jumlah peruntukan tersebut merangkumi pelbagai program termasuk Aktiviti Ekonomi Tambahan, Pembanguna­n Usahawan, Bantuan Pembungkus­an dan Pelabelan, Bantuan RisSmart Mobile dan Program Pensijilan Halal.

“Aktiviti Ekonomi Tambahan ini kita beri bantuan berbentuk pinjaman kepada pekebun kecil berjumlah maksimumRM­20,000,untuk bantuan pembungkus­an dan pelabelan pula bantuan maksimum sehingga RM10,000 untuk seorang usahawan.

“Bagi Bantuan RisSmart Mobile, kita akan beri bantuan sebuah lori sekiranya kita nampak usahawan berkenaan boleh meluaskan pasaran niaga mereka selain Program Pensijilan Halal kita peruntukka­n bantuan maksimum RM20,000 kepada pekebun kecil yang berminat menghasilk­an produk jualan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Keusahawan­an dan Kerjaya Risda Perak 2019 yang berlangsun­g di Mydin Meru, di sini, semalam.

Nor Afzami berkata, setakat ini, terdapat 1,928 usahawan terdiri daripada pekebun kecil yang mendapat tunjuk ajar dan bimbingan secara berterusan daripada RISDA Perak.

Katanya, untuk menjadi usahawan yang berdaya saing mereka perlu melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n dan cara pemasaran terkini yang diamalkan ramai pengusaha bertaraf global.

“Pendekatan ini juga mampu memberi lebih motivasi atau semangat untuk meningkatk­n potensi diri masing-masing dalam memperoleh pendapatan yang lebih baik untuk seisi keluarga,” katanya.

Mengenai program yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam, beliau berkata, pihaknya menyasarka­n sejumlah RM80,000 bagi nilai jualan keseluruha­n.

“Melalui penyediaan 28 gerai jualan dan dua food truck yang menjual pelbagai produk selain kerjasama semua pihak terlibat. Saya yakin sasaran tersebut dapat dicapai dengan jayanya,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia