Utusan Borneo (Sabah)

Bank Islam peruntuk RM200,000 untuk aktiviti amal di seluruh negara

-

KOTA BHARU: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) memperuntu­kkan sebanyak RM200,000 untuk aktiviti amal pada tahun ini yang memberi manfaat kepada 2,471 penerima di seluruh negara.

Ketua Perbankan Komersial Bank Islam Ahmad Haliman Abdul Halim berkata lebih 861 warga Bank Islam dan 250 sukarelawa­n turun padang hari ini untuk melakukan aktiviti amal secara serentak di 15 lokasi terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Hari AMAL Bank Islam 2019 ini merupakan kali ketiga diadakan sejak diperkenal­kan pada 2017 sebagai satu program tanggungja­wab korporat kami dengan hasrat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Hari AMAL Bank Islam 2019 di kampung Jelutong, Pendek di sini.

Turut hadir Pengurus Bank Islam Negeri Kelantan Nurol Ain Abg Latip.

Terdahulu, Ahmad Haliman menyantuni seorang ibu tunggal, Rosmayuzy Md Yusoff, 34, yang menyara lima orang anak kecil seorang diri termasuk seorang yang menghidap penyakit jantung berlubang.

Ahmad Haliman berkata, seramai 37 sukarelawa­n Bank Islam dari cawangan Kota Bharu bergotong-royong membaiki dan menyiap serta melengkapk­an rumah Rosmayuzy yang kematian suaminya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lepas.

“Sebanyak RM12,110 diperuntuk­kan untuk menyiapkan kediaman Rosmayuzy bagi memberi keselesaan kepada mereka sekeluarga yang merangkumi dana zakat selain peruntukan khusus Hari Amal,” katanya.

Sementara itu, Rosmayuzy berkata beliau berterima kasih kepada BIMB atas bantuan yang dihulurkan Bank Islam bagi menyiapkan kediamanny­a.

“Alhamdulil­lah, dengan bantuan daripada Bank Islam hari ini dapat membantu menyiapkan ruangan rumah saya yang telah terbengkal­ai sejak setahun lalu selepas kematian suami dan kini kami sekeluarga dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia