Utusan Borneo (Sabah)

Matip akan terus sarung jersi pasukan Liverpool

-

LONDON: Pemain pertahanan Liverpool Joel Matip menandatan­gani lanjutan kontrak jangka panjang bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kelmarin.

Kontrak Matip yang sedia ada dijadual tamat pada hujung musim ini tetapi bekas pemain antarabang­sa Cameroon itu kini sudah menyerahka­n masa depannya kepada pasukan Jurgen Klopp.

Liverpool tidak mendedahka­n tempoh bagi kontrak baharu Matip tetapi laporan media menyebut pemain pertahanan tengah itu kini terikat dengan Anfield sehingga 2024.

“Ia adalah perasaan yang hebat untuk menjadi anggota yang lebih lama di kelab ini. Apabila kita berada di dalam, baharulah anda benar-benar dapat merasai betapa besarnya kelan ini,” kata Matip dalam laman sesawang Liverpool.

“Kami mempunyai sebuah pasukan yang muda dan berbakat dan saya rasa setiap daripada kami lapar. Sekarang kami sudah melihat bagaimana keadaannya untuk memenangi sesuatu dan kami mahu mengalami perasaan itu sekali lagi.

“Masih banyak perkara yang hendak dicapai. Kita tidak tahu bagaimana ia akan berakhir, kita hanya perlu bekerja keras dan berusaha sedaya upaya. Selepas itu kita akan lihat.

“Ia adalah satu penghormat­an untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini. Ia membuatkan saya rasa gembira apabila orang fikir saya telah menjalanka­n tugas dengan baik dan mereka mahu mengekalka­n saya.”

Matip menyertai Liverpool secara percuma dari kelab Schalke pada 2016.

Pemain berusia 28 tahun itu telah mengukuhka­n diri sebagai rakan Virgil van Dijk di tengah barisan pertahanan Liverpoo.

Matip dijangka akan kembali ke dalam pasukan Liverpool untuk kunjungan pada hari ini (Ahad) ke kelab musuh ketat Manchester United (MU).

 ?? MATIP ??
MATIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia