Utusan Borneo (Sabah)

Cardiff sekat harapan Sheffield Wednesday

-

LONDON: Lee Tomlin menyelamat­kan satu mata bagi Cardiff dan menghalang Sheffield Wednesday daripada menduduki tempat dalam liga Kejuaraan untuk naik secara automatik ke liga utama kelmarin.

Pemain gantian pasukan The Bluebirds itu menyumbat masuk tendangan percuma yang cantik selepas pasukan The Owls yang dominan memberikan satu mata sahaja kepada Cardiff ekoran keputusan seri 1-1.

Kadeem Harris kelihatan sudah kembali untuk menghantui Cardiff apabila dia mencipta

gol Julian Borner pada separuh masa pertama.

Namun Tomlin menghalang para pemain Garry Monk daripada menyertai West Brom di bahagian atas liga Kejuaraan apabila dia merembat masuk tendangan percumanya yang cantik tiga minit sebelum tamat.

Harris mencipta gol pembukaan pada minit ke-19.

Barry Bannan menolak bola kepada Harris di sudut kawasan penalti selepas tendangan sudutnya dikeluarka­n separuh jalan sahaja.

Harris mempercepa­tkan rentak untuk meninggalk­an Marlon Pack dan melakukan cubaan yang cantik ke arah tiang jauh.

Bola mungkin sedang menuju ke belakang jaring tetapi ketika Neil Etheridge merebahkan badan ke sebelah kirinya, Borner menghulurk­an sebelah kaki dan mengalih bola daripada penjaga gol Cardiff itu ke belakang jaring.

Cardiff berjaya menangkis asakan sehingga waktu rehat tetapi sekali lagi bertahan selepas babak kedua bermula.

Danny Ward melakukan rembatan pertama Cardiff yang menuju sasaran selepas 70 minit sebelum bola hantaran lintang Josh Murphy yang terkena pemain lain terbang melambung di atas kepala Cameron Dawson dan melepasi tiang gol.

Namun gol penyamaan akhirnya tiba seleps Tomlin bangun selepas dia dibentes oleh Massimo Luongo dan melakukan cubaan yang melencung ke dalam sudut gol dari jarak 25 ela untuk membawa pulang satu mata.

“Saya kecewa dengan cara kami dibolosi gol,” kata pengurus Cardiff, Neil Warnock kepada BBC.

“Kami ada agak banyak hantaran lintang yang tersasar jauh,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia