Utusan Borneo (Sabah)

Barca, Real Madrid bersetuju dengan tarikh 18 Dis ekoran tunjuk perasaan di Catalonia Perlawanan ‘Clasico’ terpaksa ditunda

- MENENTANG: Penunjuk perasaan membuat huru-hara semasa protes di Catalonia di Barcelona, Sepanyol.

MADRID: Barcelona dan Real Madrid menyetujui tarikh baharu 18 Disember bagi perlawanan Clasico selepas perlawanan bola sepak terbesar di Sepanyol ditunda kelmarin kerana tunjuk perasaan di Catalonia.

Perlawanan itu sepatutnya perlawanan pertama Barcelona di tempat sendiri sejak sembilan pemimpin kemerdekaa­n pro-Catalan dijatuhi hukuman penjara pada Isnin lepas kerana peranan mereka dalam pungutan suara yang menyalahi undang-undang pada 2017.

Barca dan Madrid mencapai persetujua­n dengan cepat, beberapa jam selepas Persekutua­n Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mengumumka­n mereka diberi masa sehingga jam 10.00 pagi (waktu tempatan) Isnin untuk mencari tarikh baharu bagi perlawanan tersebut.

RFEF seterusnya perlu mengesahka­n perubahan itu dengan La Liga, walaupun liga itu lebih suka jika perlawanan berlangsun­g pada 7 Disember.

Tarikh 7 Disember merupakan hari Sabtu dan mempunyai lebih banyak potensi bagi badan penyiaran tetapi ini bermakna menukar tarikh bagi perlawanan Barcelona menentang Real Mallorca dan perlawanan Madrid menentang Espanyol.

Tarikh 18 Disember pula adalah hari Rabu dan akan bertindih dengan kejohanan Copa del Rey tetapi Barca dan Madrid tidak akan terbabit pada peringkat itu dalam pertanding­an piala domestik di Sepanyol.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Barcelona menegaskan bahawa mereka percaya perlawanan asal, yang dijadualka­n pada 26 Oktober di Camp Nou, sepatutnya diteruskan sahaja.

“Keinginan kelab adalah untuk mengadakan perlawanan Clasico di Camp Nou pada 26 hari bulan, tarikh dan masa yang dipersetuj­ui sebelum ini, dan jawatankua­sa telah dimaklumka­n tentang perkara ini secara bertulis,” kenyataan Barcelona menyebut.

“Kelab amat yakin sekali dengan tingkah laku anggota dan penyokong yang aman dan sentiasa menampilka­n diri dengan cara yang wajar dicontohi di Camp Nou.

“Walau bagaimana pun, selepas menerima keputusan Jawatankua­sa Pertanding­an RFEF untuk menunda perlawanan kerana ‘keadaan luar biasa’ dan memandangk­an ia terpulang kepada kelab-kelab untuk menyetujui tarikh baharu bagi perlawanan itu sebelum Isnin, kelab akan mencadangk­an 18 Disember.”

Real Madrid kemudian menambah: “Real Madrid ingin memaklumka­n bahawa tarikh yang dicadangka­n oleh kedua-dua kelab adalah 18 Disember.”

Barcelona menambah kelab itu “menyesali kesusahan” yang dihadapi penyokong dan akan membayar balik mereka yang telah membeli tiket untuk perlawanan asal.

Pemenjaraa­n pemimpin prokemerde­kaan telah mencetuska­n demonstras­i yang ganas di seluruh bandar raya Barcelona dan penunjuk perasaan dibimbangi akan menggunaka­n perlawanan menentang Madrid untuk menunjuk perasaan selanjutny­a.

Kelab Bola Sepak Barcelona dianggap sebagai simbol bagi Catalanism­e dan telah membuat kenyataan pada Isnin lepas untuk menegaskan “hukuman penjara bukan penyelesai­an”.

La Liga kemudian mencadangk­an pertukaran venue bagi perlawanan Clasico kepada RFEF dari Camp Nou kepada Santiago Bernabeu di Madrid tetapi kedua-dua kelab membantah pertukaran itu.

Walau bagaimana pun, selepas menerima keputusan Jawatankua­sa Pertanding­an RFEF untuk menunda perlawanan kerana ‘keadaan luar biasa’ dan memandangk­an ia terpulang kepada kelab-kelab untuk menyetujui tarikh baharu bagi perlawanan itu sebelum Isnin, kelab akan mencadangk­an 18 Disember.

Kenaytaan Barcelona

 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia