Utusan Borneo (Sabah)

KKMM FC menang 6-2 ke atas MPKK Labuan dalam semarak Bulan Sukan Negara

-

LABUAN: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) FC Labuan menang 6-2 ke atas pasukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam perlawanan persahabat­an sempena Sambutan Sukan Negara.

Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa berkata, perlawanan persahabat­an itu merupakan tanda sokongan warga KKMM Labuan dan MPKK kepada sambutan Bulan Sukan Negara.

"Kita menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan Bulan Sukan Negara dengan pengisian acara sukan yang pasti dapat menggalakk­an warga KKMM untuk sentiasa mengamalka­n gaya hidup sihat," katanya semalam.

Menurutnya, kesempatan itu juga merapatkan hubungan dengan para pemimpin tempatan seperti MPKK yang merupakan rakan strategik penting dalam membantu menjalanka­n fungsi serta peranan Jabatan Penerangan di Labuan.

Dalam perlawanan itu, MPKK yang diketuai Ketua Kampung Layang Layangan Faizal Lakat ketinggala­n 1-2 pada separuh masa pertama perlawanan.

"Jabatan Penerangan akan terus berusaha menjalinka­n hubungan serta kerjasama dengan pelbagai pihak di Labuan agar segala dasardasar serta informasi dapat kita sampaikan dalam bentuk yang lebih santai," katanya selepas perlawanan yang diadakan di Padang Bola Sepak Sintetik, Kompleks Sukan Labuan.

Pada babak kedua perlawanan KKMM menambah empat lagi jaringan manakala MPKK hanya menjaringk­an satu gol menjadikan perlawanan berakhir dengan KKMM FC menang ke atas MPKK dengan jaringan 6-2.

MPKK turut dibarisi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandara­n) Labuan Rithuan Mohd Ismail dan Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan, Sophian Said.

 ??  ?? PERTEMUAN: Kedua-dua pasukan sebelum perlawanan bermula.
PERTEMUAN: Kedua-dua pasukan sebelum perlawanan bermula.
 ??  ?? MARA: Antara aksi menarik perlawanan.
MARA: Antara aksi menarik perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia