Utusan Borneo (Sabah)

Klopp ingin cemari semangat MU

-

LONDON: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp percaya Manchester United (MU) akan mengubah nasib mereka yang tidak menentu tetapi mahu memastikan mereka perlu menunggu sekurangku­rangnya seminggu lagi untuk berbuat demikian.

Para pemain Klopp bertandang ke Old Trafford pada hari ini (Ahad) dengan mendahului 15 mata di depan pasukan lain selepas hanya lapan perlawanan sahaja sejak musim sekarang bermula. Pengurus MU Ole Gunnar Solskjaer telah menyeru kepada pasukannya untuk menyahut cabaran menentang juara Eropah itu, dengan menyatakan ia adalah “perlawanan yang amat baik sekali” untuk mendorong pasukannya yang bermasalah. Klopp bersimpati dengan pandangan Solskjaer tetapi dia yakin dapat menang buat pertama kali di Old Trafford sebagai pengurus Liverpool.

“Saya tidak fikir ada banyak pasukan yang ingin sekali bermain menentang kami buat masa sekarang. Nampaknya Man Utd sahaja pasukan yang mahu bermain menentang kami, dan kami perlu memastikan ia adalah satu salah faham,” kata Klopp kelmarin.

“Saya akan melakukan perkara yang sama jika situasi adalah sebaliknya. Ini adalah perlawanan di mana kita dapat mengubah dunia, itulah cara saya akan bersiap sedia untuknya.

“Mereka berada dalam siuasi yang mereka tidak suka dan mereka mahu mengubahny­a. Kami hanya perlu memastikan jika mereka mahu mengubahny­a, mereka bermula seminggu kemudian.”

MU akan bermain tanpa Paul Pogba dan David de Gea yang cedera manakala Anthony Martial dan Aaron Wan-Bissaka masih menimbulka­n tanda tanya. Klopp juga menjangka pasukan Red Devils akan bertambah baik apabila beberapa pemain penting mereka dapat bermain semula.

“Mereka mengalami banyak kecederaan,” tambahnya. “Beberapa pemain yang amat penting bagi mereka. Tidak ada orang yang dapat mempamerka­n corak permainan bola sepak yang sama apabila lima atau enam pemain pasukan utama tidak ada.”

Sebaliknya Liverpool bertandang ke Old Trafford dengan senarai pemain yang sihat sepenuhnya, kerana penjaga gol Alisson Becker dijangka kembali buat pertama kalinya sejak hujung minggu pembukaan musim, manakala Joel Matip dan Mohamed Salah sudah pulih daripada kecederaan.

“Dua lagi sesi (latihan) akan diadakan selepas tengah hari ini dan kita akan lihat,” kata Klopp mengenai sama ada ketiga-tiga pemain tersebut akan memulakan perlawanan ataupun tidak.

“Selepas itu baharulah kita akan membuat keputusan, begitulah keadaannya.”

 ?? KLOPP ??
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia