Utusan Borneo (Sabah)

PSG mendahului di tangga teratas dengan lima mata

Jaringan Angel Di Maria, Mbappe dan Icardi memastikan juara bertahan Ligue 1 itu menang selesa 4-1 ke atas Nice

- TUCHEL

Jaringan Angel Di Maria, Mbappe dan Icardi memastikan juara bertahan Ligue 1 itu menang selesa 4-1 ke atas Nice

NICE: Angel Di Maria menyumbat dua gol manakala Kylian Mbappe menjaringk­an gol selepas dia kembali daripada kecederaan apabila Paris SaintGerma­in (PSG) menang 4-1 di Nice kelmarin untuk mendahului lima mata di tempat teratas Ligue 1.

PSG bermain tanpa Neymar dan Idrissa Gueye kerana cedera pada waktu rehat antarabang­sa manakala Mbappe dan Edinson Cavani hanya cukup cergas untuk dijadikan pemain simpanan bagi kunjungan ke Cote d'Azur.

“Pada permulaan siri enam perlawanan yang sangat intensif, ia sentiasa bagus untuk bermula dengan kemenangan,” kata jurulatih PSG Thomas Tuchel.

“Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama, saya gembira. Kami ada peluang untuk mengawal perlawanan tetapi pada awal babak kedua, kami lupa untuk menutupnya.”

Aksi menakjubka­n oleh Walter Benitez yang menyelamat­kan gawang tiga kali berturut-turut berjaya menangkis cubaan Presnel Kimpembe dan Abdou Diallo pada minit-minit pembukaan di Allianz Riviera tetapi PSG tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan.

Di Maria mengejar hantaran tolakan pertama dari seorang lagi pemain Argentina, Mauro Icardi, sebelum dia dengan tenang menolak bola melepasi Benitez yang menjaga gawang Nice pada minit ke-15.

Hanya Mbappe sahaja pernah terlibat dalam lebih banyak gol di Perancis pada tahun ini berbanding Di Maria, yang menggandak­an jaringanny­a enam minit kemudian dengan tendangan cantik dari sudut sukar.

Marquinhos menggantik­an tempat kapten PSG Thiago Silva pada waktu rehat dan menanduk bola yang terkena palang gol dari tendangan sudut, tetapi kesilapan pemain Brazil itu memberi talian hayat kepada Nice pada minit ke-67.

Satu cubaan untuk mengawal bola hantaran lintang dengan dada membolehka­n Kasper Dolberg untuk melorong bola kepada Ignatius Ganago yang merembat bola yang terkena bahagian bawah palang gol sebelum ia masuk.

Walau bagaimana pun, sebarang peluang bagi pasukan Patrick Vieira untuk menyelamat­kan keadaan pudar selepas Wylan Cyprien dan Christophe Herelle dibuang dari padang selang beberapa minit antara satu sama lain.

Cyprien dilayangka­n kad kuning kedua kerana membantah pengadil manakala Herelle diarah meninggalk­an padang selepas rakaman VAR disemak semula kerana sewenang-wenang menampar Leandro Paredes.

Tuchel memasukkan Mbappe, yang terbatas kepada hanya dua penampilan sebagai pemain gantian sahaja sejak Ogos lalu, untuk tempoh lapan minit terakhir dan PSG mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas kelebihan dua pemain mereka.

Mbappe merembat bola rendah di bawah Benitez untuk menjaringk­an gol pertamanya sejak 11 Ogos lalu dan kemudian melorongka­n bantuan kepada Icardi untuk menolak masuk gol dalam masa tambahan. Nantes dapat mengurangk­an semula kelebihan PSG kepada dua mata semalam dalam perlawanan mereka di kelab pasukan tercorot Metz manakala Rudi Garcia memulakan tugasan selaku pengurus Lyon dalam perlawanan menentang Dijon.

Garcia, 55, mesti menawan hati penyokong yang tidak puas hati dan mengubah hala tuju musim yang sudah kelihatan seperti akan terbabas dari landasan selepas dia mengambil alih tugas di Lyon pada Isnin lepas.

Dia telah ditugaskan untuk menamatkan kemerosota­n yang menyaksika­n mereka menduduki tempat ke-14 selepas sembilan perlawanan, tujuh mata dari tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara di mana mereka dijangka memberikan

cabaran.

Pada permulaan siri enam perlawanan yang sangat intensif, ia sentiasa bagus untuk bermula dengan kemenangan.

Thomas Tuchel

Jurulatih PSG

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TETAP BERBISA: Mbappe meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut. PSG menang dengan 4-1.
— Gambar AFP TETAP BERBISA: Mbappe meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut. PSG menang dengan 4-1.
 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Nice dan PSG di Allianz Riviera, di Perancis.
— Gambar Reuters SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Nice dan PSG di Allianz Riviera, di Perancis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia