Utusan Borneo (Sabah)

Lihat keperluan pinda undang-undang

Jika mahu guna ujian poligraf sebagai bukti di mahkamah, kata Ketua Hakim Negara

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Institusi kehakiman perlu melihat keperluan untuk meminda undang-undang sedia ada sekiranya mahu menggunaka­n ujian poligraf sebagai pembuktian kes di mahkamah.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat berkata, institusi itu sebenarnya tidak pernah memikirkan lagi mengenai penggunaan poligraf di mahkamah.

Bagaimanap­un, katanya, jika ada mana-mana pihak yang menyaranka­n penggunaan kaedah itu, pihaknya pertama sekali perlu meneliti sama ada ia akan melibatkan pindaan undang-undang sedia ada atau sebagainya.

“Sebab itu kalau melibatkan proses pengambila­n keterangan di mahkamah, ia tentu akan melibatkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Ketika ini, pengambila­n keterangan di mahkamah adalah dikawal selia di bawah Akta Keterangan 1950.

“Jadi, jika ada perkara baharu yang ingin dilaksanak­an di mahkamah yang melibatkan keterangan saksisaksi, tentu sekali kita perlu melihat kepada sama ada perlu meminda mana-mana undang-undang yang sedia ada,” katanya kepada media semasa melawat Kompleks Mahkamah Sandakan di sini semalam.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Wong Dak Wah dan Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan Celestina Stuel Galid.

Dalam lawatan itu, Maimun turut berpuas hati dengan prestasi semua peringkat mahkamah di daerah ini termasuk Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Sandakan selain Mahkamah Litar di Kinabatang­an dan Telupid.

Berdasarka­n statistik yang dibentangk­an dalam sesi taklimat, beliau berkata prestasi semua peringkat mahkamah adalah baik dan tidak banyak kes yang tertunggak.

“Apa yang diberitahu, cuma ada tiga kes yang tertunggak itupun kerana keputusan Mahkamah Persekutua­n yang memerintah­kan agar kes itu dikembalik­an semula ke sini.

“Selain daripada itu, kes yang tertunggak adalah kes semasa iaitu yang didaftarka­n pada tahun ini,” jelasnya.

Maimun hadir ke Sandakan bagi menyertai Program Mahkamah Bergerak di Daerah Kecil Paitan, Beluran yang akan berlangsun­g pada Selasa.

Pada dasarnya, beliau berkata penglibata­n Mahkamah Bergerak ke daerah atau kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak adalah usaha yang murni dalam membantu golongan yang memerlukan.

Berikutan itu, beliau sendiri terpanggil untuk turut sama melibatkan diri dalam program berkenaan bagi menghargai usaha yang telah dilakukan oleh Mahkamah di Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? BERSAMA: Maimun merakamkan album kenangan bersama warga Kompleks Mahkamah Sandakan.
BERSAMA: Maimun merakamkan album kenangan bersama warga Kompleks Mahkamah Sandakan.
 ??  ?? LAWAT: Maimun (dua kanan) menanam dan menyiram anak pokok sebagai simbolik lawatan ke Kompleks Mahkamah Sandakan, semalam.
LAWAT: Maimun (dua kanan) menanam dan menyiram anak pokok sebagai simbolik lawatan ke Kompleks Mahkamah Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia