Utusan Borneo (Sabah)

PSKS diterima sebagai ahli MPWS

-

KOTA KINABALU: Setelah menunggu dan berusaha hampir enam tahun, akhirnya Persatuan Sukarelawa­n KanserSaba­h(PSKS)diterima sebagai ahli oleh Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah (MPMS).

Berita baik itu telah disampaika­n kepada Pengerusi PSKS Lawrence Imui setelah beliau memberi taklimat kepada Jawatankua­sa Pengurusan MPMS baru-baru ini.

Jawatankua­sa itu dipengerus­ikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Am Negeri Sabah Myrna Jimenez yang juga setiausaha MPMS.

Lawrence diiringi oleh Bendahari PSKS Rufinah Koting. Turut hadir pada taklimat itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Sabah Celestinus Lawanding serta anggota jawatankua­sa yang lain.

PSKS didaftarka­n dengan ROS pada 28 Februari 2014. Sejak itu, NGO ini mengadakan banyak aktiviti seperti mengadakan kursus untuk sukarelawa­n, ceramah dan pameran tentang kesedaran kanser, dan lawatan amal ke hospital dan rumah pesakit terutama di kawasan luar bandar di seluruh Sabah.

Selain itu, PSKS juga memberi kerjasama kepada Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) untuk melaksanak­an Progam Subsidi Ujian Mamogram.

Setakat akhir Julai 2019, PSKS membantu 322 orang wanita menjalani ujian itu di hospital JMC dan Gleneagles.

Sejak awal tahun ini, PSKS juga telah dilantik oleh Hospital Gleneagles untuk membuat sokongan/ pengesahan kepada permohonan pembedahan dibawah Tabung ‘Life Renewed Fund’ dan setakat ini enam orang pesakit kurang mampu mendapat faedah daripada Tabung CSR Gleneagles berkenaan.

PSKS tidak mempunyai cawangan selaras dengan perlembaga­annya. Bagaimanap­un, ia mempunyai Jawatankua­sa Penyelaras di peringkat daerah.

Setakat ini, 14 Jawatankua­sa Penyelaras Daerah di merata negeri ditubuhkan. Beberapa jawatankua­sa lagi dijangka ditubuhkan dalam masa terdekat.

Penuang PSKS ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor.

Lawrence berkata PSKS memerlukan kewangan untuk menjalanka­n aktivitiny­a dan sebarang derma daripada orang ramai terutama dari sektor korporat amat dialualuka­n.

 ??  ?? ALBUM: Mryna (tengah) bersama (dari kanan) Celestinus, Lawrence dan Rufina setelah taklimat itu. Turut kelihatan ahli jawatankua­sa yang lain.
ALBUM: Mryna (tengah) bersama (dari kanan) Celestinus, Lawrence dan Rufina setelah taklimat itu. Turut kelihatan ahli jawatankua­sa yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia