Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan ke UMSKAL buka minda pelajar SM St Anthony

-

LABUAN: Seramai 44 pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah St Anthony (SAS) telah mengadakan lawatan sambil belajar sempena Program Pasca PT3 2019 ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), kelmarin.

Ketua Guru Pengiring Fauziah Henry yang juga Kaunselor SAS berkata antara tujuan lawatan itu ialah untuk mengetahui peluang-peluang untuk melanjutka­n pelajaran ke IPTA dan program yang ditawarkan di UMSKAL.

Selain itu, beliau berharap menerusi lawatan itu pelajar dapat menyesuaik­an dengan pemilihan elektif tingkatan empat.

Selain Fauziah, dua lagi guru yang mengiringi pelajar ke UMSKAL ialah Roziah Abd Rahman dan Teng Chai Lin.

Tambah Fauziah, program itu juga bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Menerusi taklimat dan lawatan itu, saya yakin ia akan menaikkan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dengan azam untuk melanjutka­n pengajian tinggi ke universiti khususnya ke UMS,” katanya ditemui selepas lawatan itu.

Sementara itu, Pengetua SAS Dona Undoh berharap agar lawatan itu dapat membuka minda dan memberi motivasi kepada para pelajar untuk berusaha bersungguh­sungguh mencapai kecemerlan­gan.

“Saya berharap menerusi lawatan itu, pelajar tingkatan tiga akan dapat menggapai impian untuk meneruskan pengajian tinggi di IPTA khasnya di UMSKAL,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Pada masa sama, tambah Dona menerusi lawatan itu ia akan memberi pendedahan kerjaya untuk memberi motivasi kepada pelajar yang terpilih sebagai sumber inspirasi untuk lebih cemerlang.

Sementara itu, taklimat mengenai UMSKAL disampaika­n oleh Penolong Pegawai Tadbir Mohizam Mohamad yang mewakili Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohamad Tuah di Dewan Kuliah C, Bangunan Menara.

Sepanjang lawatan itu, pelajar dan guru diiringi serta diberikan taklimat oleh Mohizam dan Nor Atiqah Mustafa ke Aras 13 dan Makmal Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) di Tingkat 9.

“Kami ucapkan terima kasih kepada Pengarah UMSKAL Prof Dr Murnizam Haji Halik yang sudi menerima kunjungan pelajar Tingkatan 3 yang bakal memasuki UMSKAL pada masa akan datang,” katanya.

Pelajar dan guru teruja ketika berada di Makmal FKI yang canggih dan moden selain terpesona dengan pemandanga­n menarik Wilayah Persekutua­n Labuan yang dapat dilihat dari Aras 13 yang turut menempatka­n Balai Cerapan.

UMSKAL kini menawarkan tujuh program iaitu lima di Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) dan dua program di FKI.

Pada akhir lawatan, Fauziah menyampaik­an cenderamat­a kepada Nor Atiqah sebagai tanda kenang-kenangan.

 ??  ?? SERONOK: Fauziah (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Nor Atiqah sambil diperhatik­an pelajar dan guru SM St Anthony di hadapan pintu masuk UMSKAL, kelmarin.
SERONOK: Fauziah (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Nor Atiqah sambil diperhatik­an pelajar dan guru SM St Anthony di hadapan pintu masuk UMSKAL, kelmarin.
 ?? PENGETAHUA­N: Mohizam menyampaik­an taklimat mengenai UMSKAL kepada pelajar SM St Anthony. ??
PENGETAHUA­N: Mohizam menyampaik­an taklimat mengenai UMSKAL kepada pelajar SM St Anthony.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia