Utusan Borneo (Sabah)

Guna dadah: Dua penagih berulang dipenjara dan sebat

- Oleh Clarice Usop

KOTA KINABALU: Dua lelaki dikenakan penjara dan sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas kesalahan berulang kerana menggunaka­n dadah.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jasmin Sadakah dan Nicky Cruzy Samuel, 33, yang tidak diwakili peguam selepas masing-masing mengaku salah.

Jasmin yang berusia dalam lingkungan 50-an dikenakan penjara tujuh tahun dan tiga sebat, manakala Nicky penjara selama lima tahun dan satu sebat.

Kedua-dua tertuduh didapati positif menggunaka­n dadah pada 15 Januari dan 2 Julai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini dan IPD Sipitang.

Untuk itu, Jasmin disabitkan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara tujuh tahun hingga 13 tahun serta tidakkuran­gdaripadat­igadan tidak melebihi enam sebatan.

Sementara Nicky disabitkan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (1) akta sama, penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun serta tidak melebihi tiga sebat.

Semasa rayuan, kedu-dua tertuduh yang didakwa secara berasingan meminta hukuman mereka diringanka­n dan dikira dari tarikh tangkap.

Jasmin memberitah­u mahkamah, salah seorang anaknya baru meninggal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan.

Dalampadai­tu,Nickymembe­ritahu bahawa isterinya baru melahirkan bayi mereka.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Nureen Natasha Mohd Raffie menegaskan kedua-dua tertuduh merupakan pesalah berulang dan hukuman yang berat harus dijatuhkan.

Mahkamahme­merintahka­n hukuman mereka dikira dari tarikhsabi­tan,sertadiken­akan dua tahun pengawasan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia