Utusan Borneo (Sabah)

Tiga persatuan cari dana bantu mangsa kebakaran

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin SUMBANGAN: Asmudin (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang mangsa yang terlibat.

KOTA BELUD: Demi semangat kekitaan, tiga persatuan mencari inisiatif mengumpul dana bagi meringanka­n beban ditanggung empat keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kg Sarang, baru-baru ini.

Presiden Kelab Kebajikan Amal Sabah (KEBAS), Asmudin Kaidah berkata, sebaik mengetahui kejadian berkenaan, persatuann­ya bersama Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah (ANB) dan Briged Negaraku terus mengadakan perbincang­an singkat bagaimana membantu mangsa.

“Kami berasa sedih dengan kejadian menimpa mereka. Justeru tanpa membuang masa kami mengadakan kutipan derma daripada ahli masing-masing, yang kemudian kami serah dengan harapan ia mampu meringanka­n beban ditanggung,” jelasnya.

Katanya, tiga persatuan terlibat dalam pemberian sumbangan itu hanyalah persatuan berlandask­an amal dan kebajikan semata-mata dan tidak condong kepada mana-mana ideologi politik yang wujud di negara ini.

Ini kerana katanya, selepas penyampaia­n sumbangan itu terus wujud spekulasi melalui media sosial bahawa program berkenaan bermotif politik kerana diadakan di kawasan DUN Pintasan, kawasan DUN baru dalam Parlimen Kota Belud pada PRU15 akan datang.

“Bencana boleh berlaku di mana-mana, tak kira di mana persempada­nan pilihan raya. Adalah menjadi tanggungja­wab kita untuk saling membantu, apatah lagi kita setanahair. Sangatlah malang jika persepsi jahat mengaburi kebaikan yang dilakukan demi kesejahter­aan sesama.

“Sebagai persatuan berlandask­an amal kebajikan, tujuan kami hanya ingin membela nasib rakan-rakan yang ditimpa kesulitan seperti ini tanpa mengira bangsa, agama, ideologi politik dan lain-lain. malahan sebelum ini pun kami pernah membuat program sebegini di tempat lain,” katanya.

Justeru, Asmudin menggesa agar persatuan lain yang berlandask­an amal dan kebajikan mengambill­angkahseru­pabagi membela golongan kurang bernasib baik tanpa menghirauk­an pandangan serong segelintir individu yang hanya suka menangguk di air keruh.

Dalam program penyampaia­n sumbangan yang bertempat di Kg Sarang pada Ahad lalu itu, selain Asmudin, yang turut hadir dalam ialah wakil ANB, Albaik Nasluddin dan wakil Briged Negaraku Cawangan Kota Belud, Baisah binti Daip.

 ??  ?? BEKERJASAM­A: Ahli-ahli tiga NGO, KEBAS, ANB dan Briged Tanahairku bergambar sama dengan para mangsa yang menerima sumbangan.
BEKERJASAM­A: Ahli-ahli tiga NGO, KEBAS, ANB dan Briged Tanahairku bergambar sama dengan para mangsa yang menerima sumbangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia