Utusan Borneo (Sabah)

30 sukarelawa­n YOSH santuni mualaf Kg Bulieng, Tuaran

-

KOTA KINABALU: Seramai 30 sukarelawa­n Youth of Strength and Happiness (YOSH) yang terdiri mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan IPG Kent, Tuaran menyertai program Santuni Mualaf yang bertempat di Kampung Bulieng, Tuaran baru-baru ini. Program itu adalah anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) cawangan Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS), Pusat Pengajian An-Nur (PMA) Sabah dan YOSH.

Pengarah Program Santuni Mualaf Noor Shafiqah Kassim berkata program itu bertujuan membina jati diri dalam kalangan para sukarelawa­n.

“Antara tujuan pelaksanaa­n program ini adalah untuk memberikan kesedaran serta membina jati diri dalam kalangan para sukarelawa­n agar mereka sentiasa siap untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, dalam program ini para sukarelawa­n juga bersama-sama mengajar asas bacaan solat, cara berwuduk dan cara sebutan al-Fatihah dengan betul.

“Alhamdulil­lah, program ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk kampung sendiri. Pihak kami juga menjemput dua orang ustazah dari pusat Mengaji An-Nur (PMA) Sabah untuk memberikan bimbingan bacaan al-Fatihah yang betul kepada penduduk kampung,” katanya.

Selain itu, para sukarelawa­n juga diberikan peluang untuk melihat sendiri keadaan hidup penduduk asnaf dan mualaf di Kg. Bulieng.

“Dalam program ini juga, kami berikan bantuan keperluan asas kepada 14 buah keluarga asnaf dan menziarahi lima buah keluarga asnaf terdekat untuk melihat sendiri kesusahan hidup mereka,” katanya.

Pada hujung minggu depan, pihak YDKMM Sabah bersama delegasi PMA akan ke Lahad Datu, Tawau dan Semporna pula untuk memberikan pendidikan agama iaitu asas bacaan al-Quran buat penduduk kampung terpilih.

Aktiviti ini akan turut dijayakan bersama sukarelawa­n YOSH di pantai timur.

Semoga usaha kecil ini mampu memberikan perubahan serta membangun asnaf dan mualaf di Sabah.

 ??  ?? ALBUM: Para sukarelawa­n YOSH, PDIS merakam gambar bersama penduduk Kg. Bulieng, Tuaran.
ALBUM: Para sukarelawa­n YOSH, PDIS merakam gambar bersama penduduk Kg. Bulieng, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia