Utusan Borneo (Sabah)

Penahanan mengikut SOSMA wajar

Tindakan pantas PDRM harus dipuji, bukannya diserang atau diberi tekanan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan beberapa individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di bawah mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (LangkahLan­gkah Khas) (SOSMA) adalah wajar.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Khairul Firdauss Akbar berkata, tindakan PDRM sememangny­a wajar dan tepat kerana pertubuhan itu diklasfika­sikan sebagai sebuah pertubuhan pengganas bukan sahaja dalam negara ini tetapi di peringkat antarabang­sa.

Jelasnya, semua pihak seharusnya memuji tindakan pantas PDRM dalam isu terbabit dan bukannya menyerang atau memberi tekanan kepada PDRM sehingga melabelkan pasukan keselamata­nkeranamel­anggar hak asasi manusia.

“Amat wajar individuin­dividu yang terlibat ditahan di bawah SOSMA. Ini kerana pertubuhan itu telah diklasifik­asikan sebagai pertubuhan pengganas di peringkat antarabang­sa. Melalui cara ini PDRM dapat menjalanka­n proses siasatan dengan lebih pantas dan teliti,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairul berkata BERSATU Sabah memandang berat mengenai isu terbabit dan bimbang sekiranya tidak disiasat dengan teliti, ia mampu mengganggu­gugat keselamata­n dan kedaulatan negara.

“Sehubungan itu, sebarang desakan oleh pihak-pihak tertentu kepada PDRM untuk tidak menggunaka­n SOSMA dalam isu ini adalah tidak boleh diterima, apatah lagi mendesak PDRM untuk mendedahka­n hasil siasatan terhadap tertuduh.

“Oleh kerana siasatan ini adalah bersifat rahsia, kerana melibatkan keselamata­n dan kepentinga­n awam, maka adalah tidak wajar untuk pihak-pihak tertentu mempertika­ikan tindakan PDRM ini.

“BERSATU Sabah yakin bahawa setiap individu tidak mengira latar belakang mereka tidak terkecuali dari SOSMA jika didapati mempunyai cukup bukti untuk disiasat tanpa memerlukan waran,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, mereka yang ditahan itu juga berhak untuk mempertaha­nkan diri mereka selepas proses siasatan selesai sepenuhnya, sekiranya terdapat elemen-elemen luar batasan undang-undang yang telah dilakukan oleh pihak PDRM.

“BERSATU Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada pihak PDRM di atas usaha dan tindakan ‘pre emptif’ ini dalam memastikan negara kita terus aman dan damai.

“Sebagai rakyat Sabah, Peristiwa Hitam Tanduo mengajar kita betapa pentingnya tindakan pencegahan yang segera terhadap sebarang aktiviti keganasan dan pertubuhan pengganas.

“Kita tidak mahu sejarah perit yang melanda Sabah suatu ketika dahulu berulang kembali akibat daripada kegagalan yang mungkin berlaku sekiranya penggunaan SOSMA tidak diteruskan,” katanya.

Justeru itu, BERSATU Sabah berharap semua pihak bertenang dan menyerahka­n perkara itu kepada pihak PDRM untuk menjalanka­n siasatan dengan terperinci demi kebaikan dan keselamata­n seluruh rakyat Malaysia.

 ??  ?? KHAIRUL
KHAIRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia