Utusan Borneo (Sabah)

Keprihatin­an pekerja Brooke Dockyard dapat pujian

18 pekerja membantu mengawal kebakaran rumah di Kampung Sejingkat pada 16 Oktober lalu

-

KUCHING: Tindakan sekumpulan pekerja Brooke Dockyard yang membantu mengawal kebakaran sebelum ketibaan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak ke lokasi kejadian kebakaran rumah di Kampung Sejingkat pada 16 Oktober lalu mendapat pujian.

Ketika kejadian itu, 18 pekerja syarikat itu bergegas ke tempat kejadian sejurus melihat asap tebal dari kampung sebelah dan mendapati ada rumah terbakar.

Mereka mengambil keputusan balik semula ke Brooke Dockyard untuk mengambil hos bagi membantu memandamka­n api yang marak dan berusaha mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan sementara menunggu ketibaan pihak bomba.

Tindakan 18 pekerja itu berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain sebelum pasukan bomba tiba dan memadam kebakaran sepenuhnya.

Dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Semangat prihatin ini yang mengeratka­n hubungan warga Brooke Dockyard dengan penduduk sekitar Kampung Sejingkat selama ini.

“Walau apa cara sekali pun, warga Brooke Dockyard sentiasa mengambil berat masalah penduduk kampung yang merupakan jiran terdekat mereka di Kampung Sejingkat. Syabas dan tahniah, 18 wira Brooke Dockyard,” kata jurucakap syarikat itu dalam satu kenyataan barubaru ini.

Mereka adalah Nabil Fikri Zulkifli, Zaki Ahim, Suhaimi Madian, Zulhadi Has, Donis Hamdan, Wan Hadi Faizul Wan Abdul Latif, Zainudin Wasli, Sariee Piee, Adenan Rashid, Roslan Ojeng, Anwar Kawi, Razak Bujang, Rezimin Rojeni, Putera Berodi, Samsul Napiah, Syed Putra Wan Sarkawi, Helmizam Sunaini dan Awangku Shafiq.

Dalam kejadian itu, sebuah keluarga hilang tempat berteduh apabila rumah mereka di Kampung Sejingkat, Jalan Bako di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.15 petang.

Menurutnya, seramai 21 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Padungan dan Petra Jaya dikerahkan ke

Semangat prihatin ini yang mengeratka­n hubungan warga Brooke Dockyard dengan penduduk sekitar Kampung Sejingkat selama ini.

Jurucakap Brooke Dockyard

lokasi kejadian untuk kerja memadam kebakaran.

“Kesemua penghuni rumah iaitu sebuah keluarga yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita dewasa serta dua kanak-kanak dilaporkan selamat,” katanya.

 ??  ?? RINGAN TULANG: Pekerja Brooke Dockyard sentiasa prihatin terhadap penduduk Kampung Sejingkat.
RINGAN TULANG: Pekerja Brooke Dockyard sentiasa prihatin terhadap penduduk Kampung Sejingkat.
 ??  ?? BANTU: Pekerja Brooke Dockyard tampil membantu mengawal kebakaran daripada merebak yang melibatkan sebuah rumah di Kampung Sejingkat pada 16 Oktober lalu.
BANTU: Pekerja Brooke Dockyard tampil membantu mengawal kebakaran daripada merebak yang melibatkan sebuah rumah di Kampung Sejingkat pada 16 Oktober lalu.
 ??  ?? KERJASAMA:PekerjaBro­okeDockyar­dbersama-samaberusa­ha mengawal kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba.
KERJASAMA:PekerjaBro­okeDockyar­dbersama-samaberusa­ha mengawal kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia