Utusan Borneo (Sabah)

‘Kemalangan mungkin membawa perang’

-

Kehadiran kapal perang di Laut China Selatan boleh membawa kepada konflik tidak perlu

KUALALUMPU­R:Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata kehadiran kapal perang di Laut China Selatan boleh menyebabka­n kemalangan besar dan konflik yang tidak perlu di kawasan itu.

Beliau berkata pada masa ini kapal masih bebas untuk berlayar di kawasan itu tanpa sebarang halangan tetapi memberi amaran bahawa kehadiran kapal perang mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar.

“Rayuan kami (Malaysia) kepada kuasa-kuasa besar adalah menjauhkan semua senjata perang (kapal perang) di kawasan ini... mungkin membawa kepada kemalangan dan kerana anda semua tahu kemalangan mungkin membawa perang.

“Kita tahu apabila Archduke Franz Ferdinand terbunuh di Sarajevo, berjutajut­a orang kehilangan nyawa mereka selepas itu, kita tidak mahu apa-apa kemalangan sama sekali,” katanya semasa sesi Soal Jawab Persidanga­n Praxis Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa (ISIS) ‘Malaysia Beyond 2020’ di sini semalam.

(Menurut portal biografi, Ferdinand, ahli waris takhta Austro-Hungary, dibunuh pada 28 Jun 1914, di tangan kumpulan pengganas Serbia ‘Tangan Hitam’ yang membawa kepada permulaan Perang Dunia I)

Persidanga­n dua hari itu yang bermula semalam bertujuan mengkaji kemajuan yang dicapai oleh Malaysia selepas hampir 30 tahun sejak Visi 2020 pertama kali diumumkan pada tahun 1991.

Dr Mahathir berkata sehingga hari ini, negara-negara ASEAN telah duduk berbincang dalam menyelesai­kan isu-isu secara damai supaya kestabilan di rantau ini terpelihar­a.

Beliau berkata pada masa ini ASEAN merupakan antara beberapa pertubuhan serantau yang masih berfungsi sedangkan yang lain seperti Kesatuan Eropah sedang menghadapi masalah.

“Kami (ASEAN) sudah tentu mempunyai masalah kerana ini merupakan kawasan strategik di dunia di mana banyak urusan perniagaan melalui kami (rantau ini) tetapi kami mampu mengekalka­n keamanan dan kestabilan,” katanya.

Sementara itu Dr Mahathir berkata Malaysia sentiasa mengamalka­n dasar dan pendekatan bersahabat dalam urusan dengan negara lain.

“Kami tidak peduli apa sistem yang mereka ada atau ideologi yang mereka ikuti, kami mahu berdagang dengan mereka dan untuk berdagang kami harus berbuat baik dengan mereka.

“Malaysia ialah sebuah negara perdaganga­n dan pertumbuha­nnya didasari dengan perdaganga­n, kami memerlukan pasaran tidak mampu untuk bermusuhan,” tambah beliau.

Kita tahu apabila Archduke Franz Ferdinand terbunuh di Sarajevo, berjutajut­a orang kehilangan nyawa mereka selepas itu, kita tidak mahu apa-apa kemalangan sama sekali.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? BIMBANG: Dr Mahathir ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’ semalam.
— Gambar Bernama BIMBANG: Dr Mahathir ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia