Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia hampir bankrap sebab 1MDB

Kerosakan bukan sahaja berkaitan kewangan tetapi juga keinstitus­ian: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata, hampir suatu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat kerosakan yang dilakukan rejim kleptokrat­ik terdahulu, yang menjadikan tabung negara sebagai milik peribadi.

Perdana Menteri berkata, kerosakan tersebut bukan sahaja berkaitan kewangan tetapi juga keinstitus­ian.

“Salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangk­an rejim kleptokrat­ik itu ialah membersihk­an kerosakan yang ditinggalk­an dan membina semula negara,” katanya dalam ucaptama pada Persidanga­n ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’ di sini.

Dr Mahathir berkata, ia akan mengambil banyak usaha, masa dan kewangan, sambil menambah “apa yang kami temui adalah jauh lebih teruk daripada apa yang kami percaya”.

“Tidak dinafikan 1MDB (1Malaysia Developmen­t Berhad) satu monstrosit­i, kita tidak akan dapat menilai sepenuhnya, kerosakan yang disebabkan­nya kepada negara,” katanya.

Melebihi rasuah dan tipu helah kewangan, perdana menteri berkata, seluruh jentera kerajaan telah disubversi­f dan dilemahkan.

Katanya, sejumlah besar pendapatan kerajaan kini perlu digunakan untuk membayar hutang dan jumlah yang tinggal tidak mencukupi untuk operasi dan pembanguna­n.

“Ia hampir suatu keajaiban yang negara ini tidak bankrap,” katanya.

Katanya, bagi memulih dan membangunk­an negara, jentera kerajaan perlu dipulihkan dan efisien.

“Ini bermakna sifar rasuah, jika boleh. Semua usaha telah dilakukan untuk mencapainy­a. Mungkin kami telah mencapai beberapa kejayaan kerana pertumbuha­n telah dikekalkan,” katanya.

Beliau menyatakan beberapa sasaran dalam Wawasan 2020 yang dibuat pada 1991 oleh kerajaan diketuainy­a sebelum ini, dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020 tidak akan tercapai tahun hadapan selepas tergelinci­r disebabkan pemimpin yang mementingk­an diri sendiri.

Sebahagian daripada sasaran itu tidak ditinggalk­an dan ia digabungka­n ke dalam pelan tindakan Wawasan Kemakmuran Bersama dan apa yang tidak dicapai tahun hadapan, diharapkan dapat dicapai pada 2030 dan seterusnya, katanya.

Katanya ketika negara menetapkan untuk meningkatk­an pendapatan kesemua kumpulan, etnik, penduduk bandar, luar bandar atau negeri, ia juga perlu meningkatk­an kemahiran rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor.

“Faktor yang paling penting ialah untuk menyediaka­n taraf hidup yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap untuk mengembali­kan status kita sebagai Harimau Asia,” katanya.

“Objektifny­a ialah untuk menjadikan setiap rakyat Malaysia merasakan dirinya mempunyai kepentinga­n dalam negara ini dan untuk mencapainy­a kita perlu pastikan pembanguna­n mampan dan pengagihan kekayaan ekonomi yang adil melalui pertumbuha­n saksama pada semua peringkat pendapatan, kumpulan etnik, negeri dan kawasan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, ia bukan semata-mata satu impian dan kerajaan telah memasukkan Wawasan Kemakmuran Bersama pada Belanjawan 2020 dan menjangkak­an ianya akan bermula pada 2021.

Sumber manusia Malaysia perlu dibangunka­n supaya mereka tangkas menyesuaik­an diri dalam pembanguna­n teknologi yang pesat, kerana teknologi pintar membolehka­n negara membangun melonjak lebih daripada negara yang menggunaka­n era konvension­al, katanya.

Katanya perlu diwujudkan satu masyarakat Malaysia baharu yang secara psikologin­ya bebas daripada kongkongan tradisi, selamat dan maju dan objektifny­a adalah sebuah masyarakat demokratik yang matang.

“Sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika juga perlu diwujudkan, dengan menjadikan masa lalu sebagai pengajaran. Begitu juga sebuah masyarakat yang matang dan bertoleran­si perlu dipupuk sementara ketidaksei­mbang dikurangka­n.

Sistem, institusi dan amalan juga perlu memastikan adanya masyarakat yang seimbang dari segi ekonomi, kata Dr Mahathir dan menambah yang kestabilan masa hadapan negara akan lebih terjamin dan berterusan.

“Terdapat kemajuan dalam sebahagian daripada cabaran ini, walaupun ia tidak konsisten. Apa yang penting ialah - apabila kita bersatu diambang 2020, kita perlu belajar daripada kekurangan masa lalu dan mengandaka­n usaha kita,” katanya pada persidanga­n dua hari dianjurkan Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa Malaysia (ISIS) yang berakhir hari ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? SOAL JAWAB: Tun Dr Mahathir menjawab pertanyaan peserta pada Persidanga­n ISIS Praxis, “Malaysia Beyond 2020” semalam.
— Gambar Bernama SOAL JAWAB: Tun Dr Mahathir menjawab pertanyaan peserta pada Persidanga­n ISIS Praxis, “Malaysia Beyond 2020” semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia