Utusan Borneo (Sabah)

MPOA harap India terus beli minyak sawit Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Berlandask­an hubungan perdaganga­n dua hala yang kukuh antara Malaysia dan India, Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) amat berharap negara Asia Selatan itu akan terus mengimport sumber minyak sawitnya dari negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPOA, Datuk Nageeb Wahab berkata keduadua negara saling bergantung antara satu sama lain dan sekiranya New Delhi meneruskan keputusan untuk menyekat beberapa produk Malaysia termasuk minyak sawit, maka, tindakan itu juga akan memberi impak negatif ke atas negara berkenaan.

Kerajaan India baru-baru ini dilaporkan berkata ia akan mengurangk­an import minyak sawit Malaysia dan merancang untuk menggantik­annya dengan minyak makan lain dari negara seperti Indonesia, Argentina dan Ukraine.

Langkah itu dilaporkan sebagai tindak balas terhadap kenyataan Malaysia mengenai tindakan India berkaitan Jammu dan Kashmir semasa Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bulan lepas.

Menurut sumber, eksport Malaysia ke India bernilai AS$10.8 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac lepas manakala import mencecah AS$6.4 bilion.

Negara Asia Selatan itu juga merupakan pembeli minyak sawit terbesar Malaysia sejak 2014 (menggantik­an China) dan bagi sembilan bulan pertama 2019, ia mewakili 28 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit.

Keadaan itu berkait rapat dengan duti import keutamaan ke atas minyak sawit bertapis Malaysia (untuk sembilan bulan pertama) yang menyaksika­n kenaikan ketara bahagian pasaran India daripada 28.7 peratus kepada 57.8 peratus.

Malaysia pula mengimport barangan, termasuk besi dan keluli, perkakasan elektrik dan elektronik, kapas, kopi, teh dan rempah-ratus, dari India.

Atas dasar itu, Nageeb optimis keadaan akan kembali normal dan Malaysia dapat terus menjalinka­n hubungan dagangan yang baik dengan India.

Minggu lepas, Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata Malaysia sedang meninjau kemungkina­n mendapatka­n sumber bekalan gula mentah dari India mulai tahun depan bagi meningkatk­an perdaganga­n dua hala dengan negara itu.

Malaysia juga menimbang untuk mengimport lebih banyak daging kerbau dari India bagi memenuhi permintaan tempatan yang kian bertambah.

Mengulas mengenai hasrat kementeria­n makanan India meningkatk­an GST bersepadu (IGST) terhadap minyak sawit import kepada 12 peratus mulai Januari tahun depan, Nageeb berkata itu mungkin disebabkan kerajaan negara itu berdepan tekanan daripada pihak penapis tempatan.

“IGST itu mungkin (dilaksanak­an)... pada masa ini, orang ramai lebih memilih untuk membeli minyak bertapis dan akibatnya pihak penapis itu tidak mencatat banyak perniagaan dan ini akan menjejaska­n pasaran kita.

“Pada akhirnya, harga minyak sawit akan ditentukan oleh faktor bekalan dan permintaan dan jika itu dilaksanak­an, sudah pasti ini akan menjejaska­n harga serta pihak pekebun kecil.

“Namun, pada masa sama, minyak sawit itu banyak kegunaanny­a dan ini memberi alternatif untuk kita,” katanya.

Malah, kata Nageeb, beliau turut melihat beberapa petunjuk positif mengenai aliran peningkata­n harga minyak sawit berikutan paras simpanan rendah membabitka­n dua pengeluar utama dunia - Malaysia dan Indonesia.

“Faktor seperti penggunaan baja yang kurang di ladang serta masalah jerebu telah menjejaska­n pengeluara­n walaupun permintaan sebaliknya terus ketara.

“Oleh itu, berdasarka­n situasi sekarang, saya percaya harga akan stabil sekitar RM2,300 hingga RM2,500 satu tan pada tahun depan yang memadai untuk pekebun kecil,” katanya.

MPOA secara amnya berperanan bagi menyeimban­gkan keperluan dan kepentinga­n pelbagai sektor untuk sinergi dan pembanguna­n industri perladanga­n secara keseluruha­nnya serta kepentinga­n tanaman lain seperti getah, koko dan teh serta isu bukan ladang berkaitan tenaga kerja, perdaganga­n dan penetapan harga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia