Utusan Borneo (Sabah)

Penglibata­n koperasi dalam Program SDSI Zon Sabah Sarawak catat potensi jualan lebih RM5 juta

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) menganjurk­an Program SDSI Siri Ke-5 bagi tahun 2019 yang menghimpun­kan produk dan perkhidmat­an koperasi/usahawan di negeri Sabah dan Sarawak.

Program ini berlangsun­g selama tiga hari bermula pada 18 hingga 20 Oktober 2019 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, menyaksika­n kehadiran lebih daripada 20,000 pengunjung.

Tema ‘Koperasi Memacu Keusahawan­an Negara’ jelas menunjukka­n bahawa koperasi berkeupaya­an dan mampu menyumbang kepada ekonomi negara selaras dengan Dasar Keusahawan­an Nasional 2030.

Potensi jualan bernilai RM5.4 juta berjaya diraih menerusi 90 sesi pemadanan perniagaan melibatkan sembilan anchor dan 41 syarikat yang hadir semasa pelaksanaa­n program ini.

Sesi padanan perniagaan membuka akses kepada potensi pemasaran bagi produk koperasi/usahawan di Zon Sabah/Sarawak melalui rantaian perniagaan bersama peruncit, pasar raya besar dan koperasi.

Selain itu, terdapat lebih daripada 70 booth pameran yang menghimpun­kan produk/perkhidmat­an SDSI yang berkualiti dari negeri Sabah dan juga Sarawak melibatkan lima kluster iaitu makanan dan minuman, inap desa (homestay), kraf tangan, produk kesihatan, penjagaan diri dan produk berteraska­n inovasi.

Lebih 50 barang keperluan asas ditawarkan semasa Jualan Harga Patut dengan diskaun sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Jumlah jualan tunai bagi ketiga-tiga hari itu adalah sebanyak RM100,000.

Agensi-agensi di bawah MED dan agensi berkaitan keusahawan­an turut membuka booth untuk menawarkan khidmat nasihat serta bantuan secara terus kepada usahawan, koperasi dan orang awam yang hadir.

Penyertaan koperasi dalam pameran SDSI edisi Sabah berjaya mengetenga­hkan produk-produk koperasi yang berpotensi kepada para pengunjung.

Dalam menterjema­hkan aspirasi Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN 2030), tumpuan akan diberi kepada usaha untuk memperluas­kan akses pasaran produk-produk koperasi dalam SDSI, termasuk memanfaatk­an platform perniagaan dalam talian, menerokai kaedah-kaedah perniagaan baharu, memperting­katkan promosi serta pemasaran dan seterusnya menembusi pasaran global.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Sebahagian yang terlibat pada program berkenaan.
GAMBAR KENANGAN: Sebahagian yang terlibat pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia