Utusan Borneo (Sabah)

Kashmir terus bermandi darah

Kira-kira 10 maut akibat serangan artileri di wilayah Pakistan

-

SRINAGAR: Sekurangku­rangnya 10 orang terkorban akibat serangan artileri kelmarin di sepanjang sempadan de facto India-Pakistan di Kashmir, menurut pihak berkuasa, ketika kedua-dua negara saling berbalas tuduhan bahawa jiran mereka menjejaska­n kestabilan wilayah yang dipertikai­kan.

Ketegangan berterusan di antara negara jiran bersenjata nuklear itu selepas India memansuhka­n autonomi Kashmir pada 5 Ogos sekali gus memperkena­lkan sekatan pergerakan dan komunikasi bagi meleraikan ketegangan.

Pihak berkuasa dua negara tersebut menuduh pihak tentera lawan sebagai menembak merentasi apa yang dikenali sebagai Garisan Kawalan.

Ketua tentera India Jeneral Bipin Rawat memberitah­u wartawan di New Delhi bahawa penyusupan merentasi sempadan telah beberapa kali berlaku sejak 5 Ogos.

Dua anggota tentera dan seorang warga awam telah terkorban dan tiga orang lagi tercedera dalam serangan tidak diprovokas­i oleh Pakistan di daerah pergununga­n Kupwara, seorang jurucakap bagi pihak tentera memberitah­u AFP pada awal kelmarin.

Beberapa rumah mengalami kerosakan dalam serangan itu dan tiga orang awam sedang menerim rawatan di sebuah hospital, tambah beliau.

Rawat menyatakan pasukan tentera telah menggunaka­n serangan artileri peringkat lebih besar bagi menyerang kem pengganas di seberang sempadan.

“Kami mempunyai maklumat terperinci dan kordinat bagi kem-kem ini serta dalam tindakan serangan balas di mana pasukan tentera kami telah lakukan, kami telah menyebabka­n kerosakan teruk terhadap infrastruk­tur pengganas,” menurut Rawat, menurut kepada saluran berita Press Trust of India (PTI).

Menurut Rawat, sejak serangan pasukan India tidak mampu untuk mendengar mana-mana komunikasi bergerak dari bahagian Pakistan di sempadan itu, menjelaska­n bahawa terdapat kematian dan kerosakan yang tentera Pakistan tidak ingin untuk nyatakan, menurut PTI.

Namun Islamabad menuduh pihak tentera India menyasarka­n warga emas yang kebanyakan­nya maut, menurut kementeria­n hal ehwal luar, sementara beberapa orang lagi termasuk wanita dan kanak-kanak telah mengalami kecederaan serius di beberapa kawasan berhampira­n Garisan Kawalan.

Pihak tentera menambah bahawa seorang anggota tentera turut terbunuh, menjadikan angka kematian di Kashmir yang ditadbir Pakistan seramai tujuh orang.

Serangan muncul sebelum dua pilihan raya utama India semalam, di mana hampir 100 juta orang membuang undi di utara Haryana dan barat wilayah Maharashtr­a.

Parti nasionalis pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi Parti Bharatiya Janata sedang menyasarka­n untuk memenangi penggal kedua dan salah satu platform kempen utama BJP adalah melucutkan autonomi Kashmir yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Terdapat peningkata­n kematian sejak beberapa hari ini dengan lima orang terkorban di Kashmir India pada Rabu minggu lepas, dua hari selepas New Delhi memulihkan perkhidmat­an telefon bimbit dan teks pesanan ringkas.

Kashmir dibahagi dua antara pemerintah­an India dan Pakistan pada 1947 dan sejak itu telah meletus dua peperangan serta beberapa perbalahan.

Satu pemberonta­kan bersenjata terhadap pemerintah­an India telah berlaku di lembah indah itu pada 1989, meragut puluhan ribu nyawa, kebanyakan orang awam.

 ?? — Gambar AFP ?? BERDARAH LAGI: Penduduk melakukan solat jenazah untuk mangsa serangan di sektor Nosari, Kashmir Pakistan kelmarin.
— Gambar AFP BERDARAH LAGI: Penduduk melakukan solat jenazah untuk mangsa serangan di sektor Nosari, Kashmir Pakistan kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? DISASARI: Seorang penduduk hanya mampu menyaksika­n kemusnahan rumahnya selepas pembedilan rentas sempadan di Jora, sebuah kampung di lembah Neelum di Kashmir Pakistan, kelmarin.
— Gambar AFP DISASARI: Seorang penduduk hanya mampu menyaksika­n kemusnahan rumahnya selepas pembedilan rentas sempadan di Jora, sebuah kampung di lembah Neelum di Kashmir Pakistan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia