Utusan Borneo (Sabah)

Belgium protes pembebasan awal pembunuh kanak-kanak Dutroux

-

BRUSSELS: Beberapa ratus orang menunjuk perasan di Brussels kelmarin menentang sebarang pembebasan awal pembunuh kanak-kanak kejam Marc Dutroux, beberapa hari selepas pendakwa raya mempertimb­angkan kesnya.

Pedofil dan pembunuh itu yang berusia 63 tahun pada November ini, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2004 kerana menculik dan merogol enam budak perempuan pada 1995-96 dan membunuh empat daripada mereka.

Namun pada Khamis lepas, pendakwa raya telah meluluskan permohonan bagi penilaian psikiatrik yang baharu terhadap Dutroux, yang membuka jalan bagi pembebasan­nya dengan syarat.

Kira-kira 400 orang, menurut kepada satu anggaran polis, berarak dalam hujan selepas satu arahan dalam media sosial menyeru orang ramai menyertai ‘Black March’, lambang perkabunga­n.

Ramai daripada penunjuk perasaan adalah golongan ibu bapa yang mempunyai anak.

Dutroux membunuh dua daripada mangsanya dan dua lagi mati kebuluran di dalam sebuah penjara bawah tanah rumahnya.

Kesihatan mental Dutroux tidak diperiksa sejak kemunculan­nya di sebuah mahkamah 15 tahun lepas ketika dia dikatakan sebagai seorang psikopat sebenar, narsisis miang dan suka memanipula­si.

Peguam Dutroux, Bruno Dayez, yang mengendali­kan kes pada 2016, memulakan tindakan bagi penilaian semula terhadap keadaan mentalnya dengan harapan akan mendapatka­n pembebasan secara bersyarat pada 2021, ketika Dutroux akan menjalani hukuman penjara selama 25 tahun.

Dayez menyatakan tiga pakarperub­atanakandi­tugaskan memeriksa Dutroux.

Lima hakim akan menyatakan keputusan mereka pada 28 Oktober di Brussels.

“Saya tidak ingin memikirkan perogol akan mendapat sesuatu yang lebih baik,” seorang penunjuk perasaan memberitah­u syarikat penyiaran Belgium RTLTVI.

“Saya fikir mereka akan mula sekali lagi dan ketika itu, sekiranya mereka melakukan kesalahan lagi, kita semua bertanggun­gjawab kerana telah melepaskan seseorang,” tambah beliau.

Di Belgium, tahanan yang dipenjarak­an selama 30 tahun jarang untuk dapat dibebaskan dengan mudah.

Lima hakim harus meluluskan­nya sebulat suara dan keputusan mereka tertakluk terhadap rayuannya.

 ?? — Gambar AFP ?? KEJAM: Gambar fail 22 Jun, 2004 menunjukka­n Dutroux dalam kandang tertuduh di bilik mahkamah di bandar tenggara Arlon pada hari terakhir perbicaraa­nnya.
— Gambar AFP KEJAM: Gambar fail 22 Jun, 2004 menunjukka­n Dutroux dalam kandang tertuduh di bilik mahkamah di bandar tenggara Arlon pada hari terakhir perbicaraa­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia