Utusan Borneo (Sabah)

Marseille benam Strasbourg 2-0, Ben Yedder selamatkan Monaco

-

PARIS, Perancis: Marseille menamatkan tempoh empat perlawanan tanpa menang dalam Ligue 1 Perancis apabila gol awal Boubacar Kamara dan penalti lewat Kevin Strootman memastikan kemenangan ke atas Strasbourg Ahad lepas.

Kamara, 19, membuka jaringan seawal minit kedua apabila rembatanny­a terkena pertahanan lawan, udovic Ajoruque sebelum Strootman melengkapk­an jaringan menerusi tendangan penalti pada minit kecederaan selepas Dario Benedetto menjatuhka­n Mohamed Simakan dalam kotak penalti.

Kemenangan melonjak skuad kendalian Andre Villas Boas itu ke tangga keempat liga, satu mata dari slot ke Liga Juara-Juara sementara Strasbourg tercicir ke tangga tercorot liga.

Bagaimanap­un, Marseille masih lapan mata di belakang pendahulu liga, Paris Saint Germain (PSG), yang menewaskan Nice 4-1 pada perlawanan hari Jumaat.

Marseille dan PSG akan bertemu hujung minggu ini tetapi Villas-Boas menolak kepentinga­n perlawanan itu.

“Ia pastinya satu perlawanan yang berbeza, menentang sebuah pasukan yang tidak berada dalam liga yang sama,” kata beliau.

“Kami akan bermain sebaik mungkin tetapi ia bukan satu perlawanan yang terlalu penting bagi saya.”

Marseille boleh menjaringk­an lebih banyak gol tetapi dua cubaan dari Duje Caleta-Car dan Nemanja Radonjic terkena palang.

Pada perlawanan lain, Wissam Ben Yedder menjaringk­an gol kemenangan minit akhir untuk membantu Monaco menewaskan Rennes 3-2.

Yedder menyempurn­a umpanan Keita Balde, dua minit masa kecederaan untuk meletakkan skuad kendalian Leonardo Jardim ke tangga ke-14 liga.

Kedudukan terikat apabila Islam Slimani mengikat gol Faitout Maouassa dan gol Adrien Honou untuk Rennes sebelum Balde melakukan umpanan cantik kepada Yedder untuk menjaringk­an gol kemenangan.

Gol kemenangan Ben Yedder itu adalah gol kelapan beliau dalam liga, meletakkan beliau di tangga teratas senarai penjaring Ligue 1 Perancis dan menyebabka­n penyokong kelab lupa dengan perpindaha­n Radamel Falcao ke Galatasara­y.

“Saya sangat gembira, ia bukan perlawanan mudah. Kami menjaringk­an gol pada minit kecederaan dan ia adalah satu gol yang cantik,” kata Ben Yedder.

Kemenangan itu bermakna Monaco terikat 12 mata dengan Toulouse, Amiens dan Rennes, yang berada di tangga ke-12, yang masih belum menang sejak bulan Ogos.

Claude Puel meneruskan permulaan sempurna sebagai jurulatih Saint Etienne apabila menewaskan Bordeaux 1-0 menerusi tendangan penalti minit akhir Denis Bouanga.

Saint Etienne berada di tangga kedua dari bawah liga selepas tewas kepada Metz bulan lepas tetapi kini sudah menang tiga perlawanan berturut-turut, dua daripadany­a ketika di bawah kendalian Puel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia